BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS
salam perkenalan ku hulurkan kepada semua kenalan dan pembaca

♥ sEteNaNg LaLaNg ♥

♥ sEteNaNg LaLaNg ♥

Jumaat, 21 Januari 2011

Solat Istikharah

Seseorang yang menghadapi sesuatu soal 
yang bersifat mudah, 
sedang ia sendiri masih ragu-ragu mana 
sebaiknya dilakukan, 
maka di sunatkan mengerjakan 
solat yang bukan termasuk wajib.

Solat itu boleh saja di waktu
mengerjakan sunat Rawatib
atau Tahiyatul-masjid dan
boleh pula di waktu malam atau
pun siang, sedang bacaan 
sehabis Al-Fatihah 
dapat dipilih sekehendaknya.

Niat Solat Istikharah








Sengaja aku mengerjakan sembahyang
istikharah dua rakaat kerana 
Allah Ta'ala 

Doa Solat Istikharah 


















"Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut 
pengetahuanMu dan memohonkan penetapan 
dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan 
kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya 
Engkaulah yang Maha Mengetahui dan
saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha 
Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, 
jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini........
baik untukku dalam agamaku, kehidupanku
serta akibat urusanku, maka takdirkanlah
 untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah 
kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam
ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, 
dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, 
maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah 
 aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang
baik-baik saja dimana saja adanya,
kemudian puaskanlah hatiku 
dengan takdirMu itu"

0 comments: