BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS
salam perkenalan ku hulurkan kepada semua kenalan dan pembaca

♥ sEteNaNg LaLaNg ♥

♥ sEteNaNg LaLaNg ♥

Selasa, 1 November 2011

semoga semuanya kembali pulih...

assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua.. maaf lah saya dah lama xletak entry baru.. biasa lah kat rumah bukan ada wifi... hehehe....

sebenarnya.. saya sedih sangat2 tau.... saya dengan si dia kini.... ntahlah...susah untuk saya katakan... saya terlalu menyayangi nya... menyintainya... saya tak sanggup kehilangan dia... dia lah segalanya buat saya... tapi.....kini.... hubungan saya dengan si dia tidak lagi seperti dulu... sejak peristiwa yang tidak di duga... tidak di jangka..saya dengan dia...
salah faham

saya tak sangka akan jadi macam tu... saya tak sangka... kini...dia tidak seperti dulu... bak kata dia...dia yang dulu sudah tak ada...tapi...saya nak dia yang dulu..yang boleh bawa gelak ketawa,,,bawa bergurau senda...bermanja...dan lain2.. 

tapi....

kini...saya kehilangan dia yang dulu....
apa yang mampu saya lakukan kini..hanya menangis... kerana saya tak kuat menghadapi semua ini..
dia yang saya cintai...sayangi adalah seorang insan yang telah banyak mendatangkan kebahagiaan yang selama ini saya nantikan...dia lah segalanya...saya bersyukur kepada Allah s.w.t kerana menghadirkan dia untuk saya...biarpun antara kamia da kekurangan dan kelemahan masing2...kami tetap saling memenuhi antara satu sama lain...

saya harap...dia akan kembali kepada dia yang dulu...
kini..hanya dengan berdoa saja yang mampu saya lakukan agar dia kembali kepada dia yang dulu...

semalam...ada sesuatu yang membuatkan saya terharu dan gembira... dia menghntar mesej..setiap mesej tu adalah antara lirik lagu yang amat bermakna buat saya dan dia... nak tahu lirik lagu apa?? 
!
YANG TERINDAH


!
saat saya membaca setiap mesej tu.. saya rasa gembira yang sukar saya katakan... hanya Allah s.w.t yang lebih mengetahuinya... apa2 pun saya nak ucapkan terima kasih kepada si dia > KHAIRIL IDZHAM 
dia lah insan yang saya sayangi dan cintai,,, hanya dia... :)


Selasa, 4 Oktober 2011

sAhAbAt..

video

....sahabat.....


Khamis, 29 September 2011

PENGHUJUNG CINTA KITA.... :)

KHAS BUAT SI DIA YANG DI CINTAI... DAN DI SAYANGI...



berakhir sudah pencarian cintaku
jiwa ini tak lagi sepi, hati ini tlah ada yang miliki
tiba diriku di penghujung mencari cinta
diri ini tak lagi sepi, kini aku tak sendiri
aku akan menikahimu, aku akan menjagamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
aku akan menyayangimu, ku kan setia kepadamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
tiba diriku di penghujung mencari cinta
hati ini tak lagi sepi, kini aku tak sendiri
aku akan menyayangimu, ku kan setia kepadamu (kepadamu)
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
wooo aku akan menikahimu, oh aku akan menjagamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
nananana nananana nananana nananana
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
seumur hidupmu

SEMOGA SEMUANYA BERJALAN DENGAN LANCAR SUATU HARI NANTI...INGINKU AKHIRI KASIH DAN CINTA KAMI DENGAN SATU IKATAN PERNIKAHAN,.... INSYAALLAH... 
AMIN...



surah-surah yang mujarab

KHAS BUAT ANDA SEMUA






SURAH AL-FATIHAH
> Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

SURAH YAASIN
> Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

SURAH AD-DHUKHAN
> Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

SURAH AL-WAQI’AH
> Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

SURAH AL-KAUTSAR
> Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

SURAH AL-KAFIRUN
> Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

SURAH AL-MULK
> Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur..

SURAH AL-IKHLAS
> Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : “Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya. ” Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., “Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : “Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”

SURAH AL-FALAQ 
>Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

SURAH AN-NAS
> Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur’an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati

Semuga menjadi amalan harian kita untuk membaca surah-surah berikut.

Wasallam.


 
 
ENTRY INI SAYA DAPAT DARI TEMAN...DAN SAYA INGIN KONGSIKAN DENGAN ANDA SEMUA... 

Khamis, 15 September 2011

KONVOKESYEN.... !!!!

assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua...
nak tahu sesuatu tak.. 
hari ini saya gembira sangat2...


nak tahu kenapa??

1 > insan yang paling saya sayangi pulang hari ini... hehehe.. aru je ari isnin dia pergi tempat belajar... hari ini dia dah alik... rasa gembira sangat2 tau... tak sabar rasanya nak jumpa si dia yang di sayangi dan di cintai...

 
2 > alhamdulilah... akhirnya saya dan berkonvo dalam bulan 10 ini.. syukur alhamdulilah.. nama dah ada dalam list... semoga rakan2 yang lain pun akan tersenarai namanya.... :)

 


tu lah DUA perkara yang mengembirakan saya..

k lah kekawan... dah nak maghrib ini... ada masa saya letak entry baru...
take care...


assalammualaikum
dan
salam sejahtera..






Selasa, 13 September 2011

sedihnya si dia berjauhan,.,,,

assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua... maaflah saya dah lama tak update entry... maaf sangat2 tau...

ini pun saya sempat on9 kejap... leh update jap... tapi.. ni story tentang sesuatu yang membuatkan diri saya sedih sangat2 tau... huhuhu....
!
!
!
!

nak tahu sesuatu tak.. hari ini hari yang paling sedih buat saya.. nak tahu kenapa??
sebab kekasih hati saya yang paling saya sayang memulakan pembelajaran hari ini... sedihnya...
susah erk nak terima bila si dia berjauhan dengan saya

hari ini dia memulakan pembelajaran di
!
!

berjauhan dengan si dia adalah sesuatu yang amat susah buat saya.. semoga si dia yang saya sayngi akan dapat menghadapi segalanya dengan baik di sana...

walaupun kami berjauhan... kami masih berhubung... alhamdulilah... 
!
!
!


semoga semuanya berada dalam keadaan yang baik...
tentang saya pula.. saya kini jadi suri rumah terhormat... hehehe... ane nya tak saya tak kerja.. hehehe... teruk kan.. hehehe..

k lah ea..
ada masa saya update entry agy... tunggu tau..
bye2...














Selasa, 2 Ogos 2011

butik pengantin ke??? urm.....

assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua...

saya sbenarnya nak berkongsi sesuatu ini... tadi saya bersama dengan rakan saya... rakan baik lah... kami berdua pergi ke butik pengantin.. 
 
nak cuba tanya tentang kerja... kata tuan kedai tu, mungkin lepas raya baru nak pakai orang... tapi...yang pandai jahit manik lah... macam saya ini mana lah pandai jahit manik...





nak jahit baju sendiri pun tak lepas lagi.. aduh...macam mana ini...
pening2...

tapi.... kesian lak at kawan saya nanti... saya je yang dapat kerja at situ coz akak tu nak pakai sorang dulu.. kalau tempahn banyak baru akak tu panggil rakan saya untuk kerj di situ..
susah juga ea..
urm....
mcam2...

k lah ea... nanti saya letak entry terbaru k.. 

tata... 




Isnin, 25 Julai 2011

♥ sAyA beRtUdUng dAn sAyA SaNgAt pRetty ♥

assalammualaikum... dan salam sejahtera kepada semua...

haii2...

saya nak ucapkan terima kasih kepada kak ina kerana sudi tag saya untuk menyertai contest ini... 
kepada kak ina... thnks tau.. love u.. (^_^)



alamaknya pic nie lah yang menjadi pilihan saya...
alaaaa...
bukan saya yang pilih tapi adik saya iaitu

ok lah... saya rasa saya nak tag adik saya... iaitu :- 
!
!


____________________________________________________________________________


ok lah... kalau ada antara anda semua ingin mengikuti contest ini 
sila ke blog cikdya ea...

ok lah.... thnks tau :)


OPS!!!

lupa lah pula... jgn lupa ea komen2...
(^_^)

THE END





Isnin, 18 Julai 2011

SaAt tErAkHiR!!

tak pernah terpikir olehku
tak sedikit pun ku menyangka
kau akan pergi tinggalkan ku sendiri

begitu sulit ku menyangkal
begitu sakit ku rasakan
kau akan pergi tinggalkan ku sendiri

* di bawah batu nisan kini kau tlah sandarkan
kasih sayang kamu begitu dalam
sungguh ku tak sanggup ini terjadi
karna ku sangat cinta

** ini lah saat terakhirku melihat kamu
jatuh air mataku menangis pilu
hanya mampu ucapkan selamat jalan kasih
satu jam saja ku telah bisa
cintai kamu kamu kamu di hatiku
namun bagiku melupakanmu
butuh waktuku seumur hidup
satu jam saja ku telah bisa
sayangi kamu di hatiku
namun bagiku melupakanmu
butuh waktuku seumur hidup
di nantiku
repeat **

satu jam saja ku telah bisa
cintai kamu kamu kamu di hatiku
namun bagiku melupakanmu
butuh waktuku seumur hidup
satu jam saja ku telah bisa
sayangi kamu di hatiku
namun bagiku melupakanmu
butuh waktuku seumur hidup

> lagu cukup bermakna... membuatkan aku teringatkan sesuatu yang pernah ku lepaskan suatu ketika dahlu... 

Khamis, 14 Julai 2011

you......

video

Khamis, 7 Julai 2011

aku bencikan apa yang aku rasakan sekarang!!!

assalammualaikum... salam sejahtera saya ucapkan kepada teman2.. sahabat2 yang sudi singgah ke blog saya dan membaca entry yang telah saya sediakan...

hari ini... ada sesuatu yang telah berlaku... saya sendiri tidak pasti mengapa?? mungkin ada hikmahnya...

secara kebetulan... saya perlu memasukkan duit untuk seseorang... tidak tahu untuk meminta pertolongan siapa lagi... dia... dia yang membantu ku... dia menghulurkan bantuannya untuk membantu ku... alhamdulilah... segalanya telah selesai..

tapi....

ada sesuatu yang tidak ku duga akan terjadi... hari ini pada pukul 4.55 petang... sesuatu yang tidak ku jangka telah terjadi...
dia... memaklumkan yang dia akan melangsungkan satu majlis dengan tunangnya.. tidak lama lagi.. dia menjemput ku... saat itu aku terdiam... terkejut... dengan apa yang dia maklumkan.. aku tidak sangka ini akan terjadi... 
mungkin ini sudah ketentuan illahi... 

saya tidak mampu menipu diri saya,,, saat saya di maklumkan tentang perkara itu oleh dia.. hati saya merasa lain.. lain sangat2... saya menjadi sedih... wajah saya yang tersenyum bertukar muruang.. sedih.... saya sendiri tidak pasti mengapa saya perlu rasa semua ini.. sepatutnya saya gembira.... tapi.. ini sebaliknya... mungkin ada sesuatu..???? aaaahhhh...!!!! saya sendiri tidak tahu....

Ya Allah.... semoga kebahagiaan yang dia cipta... akan terus berkekalan...

> si dia yang saya maksudkan itu adalah seseorang yang pernah menjadi sebahagian dalam hidup saya... tapi... itu semua sudah berlalu... yang ada hanyalah kenangan semata2... kini.. dia sudah menjadi milik orang lain... begitu juga saya...

Selasa, 28 Jun 2011

akhirnya..ku terpaksa merelakannya....

assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua...

sebenarnya... saya ingin luahkan sesuatu... sesuatu yang amat menyedihkan diri saya... saya terpaksa menerimanya...

semalam... pada pukul 00.37 tengah malam.. itu lah saat terakhir saya bersama dengan dia... melihat dirinya... bergurau dengan dirinya.... mungkin sudah tiba masanya untuk saya melepaskannya walaupun jauh di sudut hati saya... saya tidak sanggup melakukannya...

storynya.....

> semalam... aku terpaksa dan terpaksa melepaskan sesuatu yang aku sendiri tidak mampu... tapi.. demi mak.. abah... dan benda tu.. aku terpaksa... aku mendakap erat tubuhnya dalam pelukanku.. terasa ketakutan di dalam dirinya... sebak nya hati ku hanya Allah s.w.t yang tahu... saat berada dalam pelukan ku... dianya cuba melepaskan diri... kerana tidak sanggup mengikut rentak kaki ku memasuki ke dalam lif.. tapi.. aku tetap memeluk erat tubuhnya... sebak rasanya di hati ini... saat tiba di bawah... dia kelihatan sungguh pelik...

" kiko... maafkan akak.. " aku berkata dalam hati kecil ku..

aku membawanya ke taman... duduk bersamanya... aku dapat melihat dan merasa  ketakutan di dalam dirinya.. saat kedengaran bunyi yang pelbagai yang membisingkan dan menakutkan... dia terus ke dalam dakapanku.. duduk di atas peha ku dalam keadaan ketakutan.. air mata yang tak tertahan lagi mula mengalir tanpa di pinta.. melihat dirinya sudah cukup menyedihkan hati kecil ku...

" kiko... akak sayangkan kiko.. terlalu sayangkan kiko.. akak tak sanggup kehilangan kiko... "

aku cuba lepaskan dia ke bawah.. dia berjalan.. lalu kembali ke dalam dakapan ku...

hari semakin malam... aku terpksa pulang... tapi.. aku tidak mampu.. ku bawanya ke tempat permainan.. ku letakknya.. dia bermain..  hati ku sebak... dia bermain dan bermain... kemudian aku mengambilnya dan letak di tanah... dia lari ke bawah kereta tanpa ku pinta..aku kejarnya.. kerana aku tidak sanggup....

tapi..... saat terakhir dalam dakapan aku... aku ciumnya...ciumnya tanpa henti.. air mata ini mengalir dan mengalir..

"Ya Allah... tidak sanggup rasanya aku untuk kehilanganya.. tapi.. aku terpksa Ya Allah... "

"kiko.... maafkan akak"

saat itu.. dalam dakapan ku.. kiko.. berlari terus meninggalkan aku.. aku pula... bergerak pulang... meninggalkan satu2 kucing kesayangan aku... iaitu KIKO.....





" kiko.. akak sayangkan kiko... terlalu sayangkan kiko... tapi akak terpaksa lakukannya.. maafkn akak kiko....maafkn akak.... "

Jumaat, 24 Jun 2011

♥ saat menilai cinta ♥



SETIAP kali menjelang tahun baru, melakukan resolusi mengenai karier, hal kewangan dan cinta sememangnya menjadi rutin bagi setiap orang.
Bagi pasangan yang sedang bercinta, kenangan yang dilalui sepanjang tahun lalu mungkin lebih mematangkan fikiran. Apatah lagi bagi pasangan yang pernah gagal dalam percintaan. 

Mereka menganggap tahun yang dilalui umpama suatu pengajaran yang membawa ke arah kehidupan yang lebih bermakna.
Menyentuh soal cinta, jangan pula anda lupa melakukan perubahan kepada diri dengan meletakkan keazaman yang tinggi dalam hal-hal melibatkan dunia percintaan. 


Ikuti tip-tip yang disenaraikan di bawah:

1. Lupakan masa lalu
Anda bukanlah insan yang pernah dikhianati, dibenci mahupun ditinggalkan menjelang hari pernikahan. Setiap perkara yang dilalui sepanjang kehidupan lalu harus dijadikan pengajaran. Tetapi, jangan biarkan pengalaman buruk anda pada masa lampau mempengaruhi hubungan yang sedang terjalin.
Jangan biarkan hal-hal positif dan menyenangkan anda dengan pasangan bertukar gara-gara terlalu asyik membuat perbandingan dari tahun ke tahun. Ibaratkan hubungan yang baru dijalinkan itu seperti kertas putih yang siap dicorak.

2. Temui ramai orang
Bekerja di bawah satu bumbung yang sama atau tinggal berhampiran dengan kediaman anda tidak bermakna dapat membantu anda menemui calon kekasih yang berpotensi, kecuali seorang teman yang sudah lama dikenali. Jalinkan hubungan cinta dengan seorang teman yang boleh membawa anda ke arah dunia persahabatan yang lebih bermakna.

Keluarlah dari zon selesa anda. Sekiranya selama ini anda kerap ke pusat gimnasium selepas pulang dari tempat kerja, namun pada tahun ini, bangunlah pada awal pagi dan lakukan rutin harian dengan melaksanakan segala tugasan yang lebih menyihatkan. Lebih berkesan, ikuti kursus atau motivasi yang melibatkan pesertanya terdiri di kalangan lelaki dan wanita.

3. Ubah penampilan
Sudah tiba masanya anda meninggalkan gaya penampilan lama. Tidak salah sekiranya anda mengeluarkan wang yang lebih semata-mata untuk mengubah stail rambut terkini. Kunjungi salon dan bawalah contoh model rambut daripada majalah sekiranya perlu mendapat keterangan.
Demikian pula dalam hal berkaitan pakaian dan aksesori. Pilih baju berwarna cerah dan bermotifkan corak yang menarik agar anda kelihatan menonjol pada setiap masa.

4. Jangan terburu-buru
Menemui cinta baru mungkin mendatangkan kesan positif. Tetapi, jangan pula anda terus membawanya berjumpa dengan seluruh ahli keluarga. Tunggulah sehingga waktu yang tepat dan jangan sesekali merosakkan hubungan yang baru dibina itu. Hindari berbicara tentang masa depan saat hubungan baru berumur setahun jagung. Nikmatilah waktu perkenalan ini untuk memantapkan hati anda dan pasangan.

5. Jangan terlalu memilih
Setiap orang pasti ada kekurangannya, jadi apabila anda begitu obses akan kekurangan pasangan, mungkin anda sukar untuk menemui cinta baru. Sekurang-kurangnya selidik dulu kelebihan yang ada pada dirinya.

6. Buat keputusan
Cinta kerana paksaan akan membawa duka pada kemudian hari. Jangan takut untuk meluahkan apa yang terpendam kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk dalam perhubungan. Oleh itu, lakukan keputusan yang berpihak kepada diri dan jangan takut katakan 'tidak'.






 

♥ VERSUS - HLOVATE ♥

assalammualaikum... dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua...

sebenarnya saya nak cerita... pada 22/6/2011 bersamaan dengan hari rabu...
adalah hari di mana saya mendapat gaji...
niat saya masa tu....
nak tau apa.... 
cuba tengok at bawah ini...
!
!
!



!
!
!

haaaaa.....
inilah... sebuah novel yang selama ini saya cari...
kini saya dapat membeli nya dengan gaji saya sendiri ..
saya gembira sangat2 tau...
ealah...
novel ini cukup menarik..
isinya....
jgn kata..
memang menarik..
perubahan kehidupan seseorang...
cukup menarik...

> saya sukakannya.... (^-^) ..

Selasa, 21 Jun 2011

♥ kucing kesayangan ku yang ketiga... ♥

assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua... 

♥  kucing kesayangan ku yang ketiga...  ♥

 ini kucing kesayangan saya yang ketiga,... namanya kiko... comel kan... hehehe...

Pada 19june 2011... adalah tarikh yang paling menyedihkan saya... nak tau kenapa??? sebab ada pihak yang datang membuat pemeriksaan di kawasan perumahan saya... tanpa di duga... saya perlu membuang kucing kesayangan saya... saat itu.. hanya air mata yng mengalir... satu helaian kertas berwarna hijau di hulurkan kepada ibu saya oleh pihak tersebut.. pihak itu memberikan kami masa selama 2 minggu untuk memastikn kami membuang kucing itu...
mana mungkin saya sanggup membuangnya... kiko adalah kucing kesayangan saya....





tapi...
aku tak sanggup kehilangan kiko.. aku terlalu sayangkannya... ini lah kucing ketiga ku setelah dua ekor kucing ku yang bernama comel dan gebu hilang....
ntah bagaimana untuk aku membuang nya... tidak sanggup rasanya aku untuk membuang..

Ya Allah....
bagaimana untuk aku melakukannya...

kiko....
kucing kesayangan ku..
tidak sanggup aku kehilangan...
menitis air mata ini saat mengingatnya.. melihatnya bermain...
aaahhhh!!
aku tak sanngup untuk membuangnya

  kiko : "akak... ??"

 kiko : "akak... kiko tito dulu... "

  kiko : "time tu sleep..sudah penat bermain"

  kiko : "mana pula akak nie...?"

  kiko : "alamak!! akak ambil gambar aku lah.... "

"aku sayangkan kucingku... kiko"





♥ selamat hari ibu & selamat hari bapa ♥

assalammualaikum.... dan salam sejahtera buat semua...

maaflah dah lama saya tak update blog saya... bukan apa... cuma sekarang tak ada masalah nak update blog.. bz katakan.. hehehe...

apa2 pun saya nak ucapkan selamat menyambut hari ibu dan hari bapa kepada semua ibu dan bapa2 di luar sana termasuk kepada kedua ibu bapa yang saya cintai dan sayangi....




semoga anda semua sentiasa mengingati dan mengenang segala jasa dan pengorbanan yang telah mereka lakukan... tanpa mereka tiada lah anda semua di sini... apa jua kesalahan dan salah silap yang dilakukan mereka.. maafkanlah... kerana mereka tetap darah daging anda,... (^-^)



> kepada mak dan abah....

selamat hari ibu dan hari bapa akak ucapkan kepada mak dan abah...
akak sayangkan mak dan abah... 
mak dan abah adalah segalanya dalam hidup akak...
terima kasih akak ucapkan untuk segalanya...
mak... abah...
ampunkan segala dosa dan salah silap yang pernah akak lakukan selama akak hidup bersama mak dan abah...
akak sayangkan mak dan abah....
ikhlas dri > akak (^-^)


Ahad, 22 Mei 2011

sesuatu yg ingin di kongsikan....

assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua...terutamanya kepada sahabat2 y sudi melawat ke blog saya... 

hari ini saya ingin kongsikan sesuatu yang saya perolehi setelah membaca sebuah novel y bertajuk JAZIRAH CINTA penulisan RANDU ALAMSYAH... saya minat baca novel tu pun sebb adik saya... dia kata at saya cerita itu best.. ttng kehiudpan seorang pemuda... dari dalam novel tu, saya dapat sesuatu yang boleh saya kongsikan bersama anda semua... 
!
!

"MARI SEMUA"

!
!
!
!

CINTA sejati itu hanya berkaitan dengan hubungan kita dengan Allah s.w.t, Maha pemilik keabadian cinta. Cinta kepada manusia tidak dapat menandingi keabadian cinta itu sendiri kerana ianya mungkin hanya memandang segala kecantikannya, ketampanannya, kebaikannya, kekayaannya, kemasyhurannya dan apa2 yang ada padanya.

Jika semua itu hilang, kita akan kehilangan sinar cinta yang ada pada dirinya. walaupun di dunia cinta kita masih kuat, di akhirat mungkin tidak sekuat itu lagi..

> Mungkin di akhirat mereka akan bermusuhan antara satu sama lain...

> Dua orang yang begitu mesra dan saling mencintai di dunia ini boleh saling membenci di akhirat nanti?? benarkah??

!
!

Bukan hanya saling membenvi. tapi juga saling menjatuhkan. Di padang mahsyar nanti ketika manusia di bangkitkan yang ada di dalam fikiran kita adalah bagaimna menyelamatkan diri kita sendiri...

Perasaan sayang dan cinta kita kepada seseorang tidak dapat menguasai perasaan takut kita dengan azab yang tidak dapat kita bayangkan yang bakal menimpa kita. Begitu dahsyatya seksaan itu sehingga ketika seksaan itu di tunjukkan di depan mata kita, kita akan menjadi sangat takut. Bukan saja kekasih dengan kekasihnya, malah orang tua dengan anaknya. mereka pun akan saling bermusuhan, saling menuduh tentang kesalahan mereka.

> Kita boleh mencintai sesiapa saja, cuma jadikan cinta kita kepada manusia demi kerana ALLAH S.W.T... InsyaAllah, ALLAH S.W.T akan menjaga CINTA kita itu. Tapi.... Kita mestilah benar2 JUJUR bahawa CINTA kita memang kerana ALLAH S.W.T bukan kerna lain. Tentu amat memalukan kita jika kebohongan CINTA kita dicanang di depan seluruh makhluk-Nya di padang mahsyar nanti

> Betapa susahnya mencintai seseorang hanya kerana ALLAH S.W.T... Benarkah???
!
!
=> Susah sekali untuk JATUH CINTA kerana ALLAH S.W.T.. Tapi itu semua mungkin terjadi kerana kita tidak mahu menjadikan ALLAH S.W.T sebagai satu keutamaan dalam hidup kita. Kita menghilangkan peranan ALLAH S.W.T dalam setiap langkah kita. Padahal, apa saja yang tidak diliputi oleh ALLAH S.W.T di langit dan di bumi ini??? Kuasa ALLAH S.W.T meliputi segalanya.
Jika kita sanggup untuk menyedari hal itu, dan memenuhi hak-hak-Nya, pasti DIA akan menjaga, dan merahmati hati kita bukan sekadar untuk mengenali-Nya... tetapi juga untuk bergembira dalam taman-taman CINTA yang indah....

" TAMAN CINTA YANG DIREDHAI-NYA "

Kepada semua...
!
Ini entry yang ingin saya kongsikan.. semoga anda semua merasa tenang dan gembira bila membacanya... selamat membaca.... :)



JUMPA LAGI

Selasa, 10 Mei 2011

hai2 semua...

assalammualaikum dan salam sejahteras kepada semua...terutamanya kepada mereka yang sudi melawat ke blog nor yang tidak seberapa ini....(^-^)

hai2... 


maaf lah nor dah lama tak on9.. buzy sikit wat masa ini.. alaaa... buzy nak cari kerja katakan... hehehe...

kerja.... oooo.... kerja.... di mana kamu???
!
!
!


uich.... nor sedih lah... ealah lepas ini pakwe nor akan pergi melakukan tugasnya untuk tempoh dua bulan lebih jugalah... sedihnya laaa... tak tahu lah nak buat apa masa ketiadaan dia nanti... wawawawawahhh... sedihnya....
wawawawahhhh....
terpaksa berpisah dngan si dia...
tak sanggup... tapi harus ku lakukannya...


miss at dia... ahad ini dia akan bertolak...
wawawawawahhhhh....
sedihnya....
macam lah ea...
hope dia tak noty2..at sana...

ok lah kekwan... saya nak out dah ini..
ada masa nanti saya akan masukkan entry baru ea..




ooo..ea... sebelum saya lupa.. saya nak ucapkn terima kasih sekali lagi kepada semua rakan-rakan yang sudi melawat dan menjadi rakan untuk blog saya...
kepada

!
!

nor ucapkan terima kasih ea.. 
(^-^)


ok lah ...
bye2 semua....

-


Selasa, 5 April 2011

hanya tinggal kenangan

assalammualaikum... salam sejahtera kepada teman yang sudi bertandang ke blog sy y tidk seberapa ini....

maaflah kerna sudah terlalu lma saya tidak meletakkan mana2 entry baru... kerana saya sebelum ini terlalu sibuk dengan pratikal... kini kenangan saya ketika berpratikal di SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TASIK PUTERI hanya menjadi satu memori yang terindah buat saya.. semoga kenangan ini terus abdi di dalam ingatan saya... inysaAllah.... 

di bawa ini, ada beberapa gambar yang saya sempat ambil untuk di jadikan kenangan.. semoga ianya menghiburkan hati sahabat yang datang bertandang ke sini... (^_^)...








> kini semuanya menjadi sebuah kenangan terindah buat saya... tak kan pernah saya lupanya... terlalu bernilai dan bererti semuanya... 




Jumaat, 25 Mac 2011

♥ contest sweet couple yang paling cool & comel ♥

 
http://sweetchoc91.blogspot.com/2011/02/sape-nak-join-contest-first-time-dekcik.html
uich... terasa pula nak join contest ini... 
hehehe.... lau x kerna kak ina tag nor..
nor xtau ttg contest nie.. thnks kak ina.. ^_^
 !
!
mengikut daripada maklumat yang di perolehi
 mengenai contest ini..
tarikh tutupnya adalah pada
!
!
31 MARCH 2011
!
!
kepada sesiapa yang nak join leh je...
^_^
masih sempat lagi...
cuba jgn x cuba..
hehehe...
!
!
!
marilah....
tengok hasil pic y saya dah edit
!
!
!

GAMBAR PERTAMA YANG TELAH DI EDIT @ DI UBAH SUAI

pic ini baru je saya edit... aru seminggu...
sy kumpulkn semua pic antra kami berdua... setiap pic tu ad tarikh y
cukup bermakna buat saya dan dia....
agak2 korang ok tak??

!
!
!
!

GAMBAR KEDUA YANG TELAH DI EDIT @ DI UBAHSUAI


haaa... ok tak??
pic nie nor dah edit... 
pada setiap pic tu ada tarikh y cukup bermakna buat nor dengan si dia...
si dia banyak mengubah kehidupan nor..

_________________________________________________________________________________

antara 5 rakan yang nor nak tag contest nie adalah......
!
!

 ♥

ok lah... sampai di sini saja... tata...
thnks to all...
^_^



Khamis, 10 Mac 2011

hai2... :)


dan



haiiii2 semua... maaflah dah lma tak update blog.. sibuk sikit sekarang ini.. biasa lah sekarang saya tengah pratikal.. tu yang sibuk tu.. hehehe... penat tau... cuma tinggal lagi 3 minggu je untuk saya menamatkan tempoh pratikal saya di sekolah kebangsaan bandar tasik puteri. urm... semoga semuanya berjalan dengan lancar... 

> esok rasanya tidak sabar untuk pulang ke rumah. untuk bercuti... hehehe... urm... semoga hari esok berjalan dengan lancar... :)