BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS
salam perkenalan ku hulurkan kepada semua kenalan dan pembaca

♥ sEteNaNg LaLaNg ♥

♥ sEteNaNg LaLaNg ♥

Jumaat, 31 Disember 2010

SELAMAT TAHUN BARU!!!





> assalammualaikum dan salam sejahtera kepda para sahabat dan para pengunjung semua .... :)


hari nie merupakan hari terakhir dalam tahun 2010... cam tak percayakan... tahun 2010 akan berakhir... terasa cepat je.. macam2 dah berlaku dalam tahun 2010... pahit..manis... semuanya ada... moga esok yang merupakn  hari baru bagi tahun 2011 berjalan dengan lancar...moga anda semua mencapai keinginan dan hajat anda semua ketika di dalam 2010 sebelum ini... dan moga 2011 akan lebih memberikan anda semua kebahagiaan, kekuatan dalam menghadapinya cabaran yang kian mencabar... :) dan moga azam baru anda semua akan tercapai.... SELAMAT TAHUN BARU saya ucapkan..... 

SELAMAT TAHUN BARU SEMUA

disediakan oleh > setenang lalang... peace!! :)

puisi "KEKASIHKU"


kekasih....
kehadiranmu disisiku membawa seribu erti dalam kehidupanku
kekasihku....
betapa peritnya takala perasaanku dipermainkan oleh mereka yang tidak setia
aku bak boneka yang tiada perasaan
 yang tiada harga diri
kekasihku....
pada yang maha esa ku serahkan nasibku
keserahkan amarahku kerana ku tau Dia yang maha tau
apakah takdirku di kemudian hari
kekasihku....
kehadiranmu saat aku memerlukan seorang insan sebagai peneman jiwa yang lara 
sebagai pengubat jiwa yang luka
kekasihku....
hanya kau memahami jiwaku tenang aman datang sendiri buat aku ceria
melalui liku hidupku bersama kau yang ku kasihi....


puisi ini adalah sebuah puisi yang dihadiahkan oleh bekas kekasihku untuk diriku....puisi ini telah dihadiahkan untukku pada 16 November 2008 pada pukul 18:16:40 
(mohd zaidi bin abu bakar)

disediakan oleh > setenang lalang... peace!! :)

Khamis, 30 Disember 2010

kucing kesayangan ku yang hilang tidak mungkin akan kembali...

GEBU
ini adalah kucing kesayngan ku yang telah hilang pada 24 november 2010.. hari pertma di mana aku mula bekerja.. saat tu aku kerja pun xsenang tau... ap kan daya... mungkin ini yang telah ditakdirkan.... 

"moga gebu di lindungi di mana jua dia berada..." 

 disediakan oleh > setenang lalang... peace!! :)

sekali lagi.... air mata ini mengalir...


salam.... ari nie aku xtau nak kata cam ne...
xsangka hari nie aku menngis hanya kerna insan y ku sygi ...
cam orang bodoh kan...
tapi.....
aku terus menangis... sampai bengkak mata aku tau...
poyo kan... 
satu family aku dok isaukan aku tau...
ealah... anak sulungnya menangis dan berkurung dalm bilik..
mak ayh ane xisau le anak2 mereka seperti aku...
hehehe..... teruk kan aku...
mana xnya... pkwe aku wat hal..
dah tentu2 lah aku isau....
ntahlah... susah aku nak akap...aku hanya mampu bersabar jew...
moga ALLAH SWT memberikan aku kekuatan dalam menghdapi 
semua nie...
insyaAllah..... 


disediakan oleh > setenang lalang... peace!! :)

Rabu, 29 Disember 2010

SEPULUH PETANDA DIA ADALAH JODOH KITA.... INSYAALLAH...

setenang lalang

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera


>   Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
 

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :-
1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


" KITA HANYA MERANCANG YANG MENENTUKANNYA ADALAH ALLAH SWT.. SAMA2 LAH KITA BERDOA MOGA INSAN YANG SENTIASA BERSAMA KITA ITU ADALAH JODOH KITA... INSYAALLAH.. "




Ahad, 26 Disember 2010

cerita ku...

 assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua....

hari nie, aku rasa gembira sgt2 tau... nak tau kenpa??
 

1) semlm aku dapt spend time ngan si dia y ku syg.... xsangkakan... hehehe... walaupun dah anyak y berlaku.. aku still dapt berthan... kami berdua sma2 menghdapi semuanya dengan tabah... moga Allah SWT sentiasa merahmati hubungan kami.



2) kiranya hari nie dah 3 hari aku d rumah... ealah.. 23 disember 2010, aku last kerja at metrojaya.. bhagian AKEMI.. mulanya mmg susah nak berhenti.. ealah.. rasa seronok lah pula.. tapi sebab nak spend time ngan family...n si dia y tersyg.. aku ambil keputusan tok mengakhiri pekerjaan ku sebgai promoter...



3) aku apa lagi... bawalah adik2 aku lepak at taman pudu ulu.. alaa,...taman belakang flat aku jew.. xjauh.. jalan kaki dah sampai.. seronok aku tgok adik2 aku tau... melihat senyuman mereka.. tawa mereka.. membuatlan aku merasa bhgia... alhamdulilah... ALLAH SWT masih memberikan ku kesempatan utk merasai semua ini...


aduh.... nak cerita apa lagi ea?? hurm.... xap2... ad masa aku akan cerita lagi... skng masa time aku bersma adik2 aku..
ok lah...
jumpa lagi...
hehehe,....
assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua...

:)
setenang lalang

Isnin, 20 Disember 2010

cuti!!!!

setenang lalang

huem... lega hari... ealah.. dapat cuti katakan...ane nya x.. sebelum ukan nya aku pernah keja... tup2... keja juga..xlma agy.. aku berhenti kerja... sebb nya.. aku nak spend time ngan adik2 aku...mak ayh aku... n si dia y tersyg.... 2 jew... agy pun xlma agy nak pratikal dah.. takut xsempt jew.. hehehe.... :) 

Sabtu, 20 November 2010

sedih loorrr.... :(

setenang lalang

haaa....baru hari nie dapt on9 tau.. line at umah xelok sgt2... sedih2... nak tau x.. dalam masa 4 hari nie... mcam2 berlaku tau.. aku sedih sgt2... nasib aku nie jenis xpanas baran je.. leh lak dia wat perangai...  geramnya2.....!!!xcukup satu... eeeeee.....!!! tapi.. alhamdulilah... suma dah okkkkkkk.. aku bersyukur sgt2.... haa...semalm adik aku y no dua 2 alik... alaaa...y belajr smbil keja at P.D sebgai tentera... indu auw at adik aku sowang 2.. hehehe.... mak aku hari cuti agy.. esok mak dah mula keja.. sunyi lah pula... huhuhu.... xap2... skng nie... aku ngah pening nie.. nak keja or x??? urm.... pening2.... xkeja pun susah... dah keja pun susah gak... cam ne ea... hurm......(pening memikirkannya)

Khamis, 11 November 2010

syukur alhamdulilah...

setenang lalang

> syukur alhamdulilah... akhirnya nor memperolehi keputusan peperiksaan yang baik.. atas berkat doa daripada ibu bapa nor...saudara mara.... rakan-rakan...pensyarah... dan si dia yang tersayang.... akan nor kongsikan kegembiraan nie ngan mereka y lain... alhamdulilah.... AMIN....

♥ 11 NOVEMBER ♥ (TARIKH YANG CUKP BERMKNA BUAT AKU DAN DIA)

setenang lalang

♥ DIA..... KINI HANYA TINGGAL KENANGAN ♥

ARWAH FARID BIN MOHD ALI


> Salam…

>>> Nor nak ceritakan tentg sesuatu y telah terjadi dalm hidup nor… perkenalan nor dgn si dia adalah sebuah perkenalan yg tdak di rancang… 11 januari 2006… iya… itu lah tarikh perkenalan kami berdua… masa tu nor tingkatan 4… time tu sekolah nor ada buat promosi nombor celcom…. Tak sampai seminggu nor pakai no tu.. tetiba ada satu mesej yang nor sendiri tak tahu dari siapa.... nor ingat abg Ikah... rupanya bukan... waktu itu lah nor mengenali si dia... biarlah nor memperkenalkan siapa si dia... dia adalah FARID BIN MOHD ALI...hanya kerana tersilap menghantar mesej... kini... perkenalan terjadi antara kami berdua... banyak yang nor tahu tentang diri farid... dalam tempoh 3 hari farid berani menyatakan dia menyayangi dan mencintai nor.... saat tu... nor sendiri susah untuk mempercayainya... ealah... siapa nak percaya… kenal tak smpai 3 hari dah mula cinta... mula syg.... saat tu.. nor hanya menganggap farid seperti abg nor sendiri.... nor meminta izin daripda farid untuk memberkan masa kepda nor bagi memikirkanya... dalam temph 2 bulan setengah.... nor sudah mengenali siapa farid yang sebenar... saat tu... hadir sesuatu di dalam diri nor... sesuatu perasaan yang masih baru.... yang mula berputik sedikit demi sedikit.... tanggal 1 april 2006.... akhirnya nor menerima cinta farid dgn seikhlas hati nor... sejak itu... pelbagai dugaan dan ujian yang hadir dalam hubungan kami... ealah... waktu lah.. farid sakit... demam teruk... sampai tak mampu utk memakai handfhone... waktu tu, hadir juga orang ketiga... tapi... kami berdua tetap menghadapinya dengan tabah... lagi pun... kepercayaan telah kami tanamkan dalam hubungan kami.... tapi.... siapa sangka.... hubungan kami akhirnya berakhir... bukan kerna orang ketiga... bukan kerana kata pisah dari kami... tapi.... kerana.... keadaan yang memisahkan kami.... sejak farid tidak lagi memakai handfhone... hanya telefon awam yg di gunakan oleh farid utk menghubungi nor.... pernah nor bertanya pada farid... "ABG.... SEBENARNYA ABG SAYGKAN ANI TAK?" Nor bertanya kan soalan tu kepada farid sedangkan nor sendiri tau jawapannya.... tapi..... farid pernah menyatakan sesuatu mengenai persoalan ku itu... "ANI.... ABG SAYANG SGT2 PADA ANI... SEANDAINYA ABG TIDK MENYAYANGI ANI... ABG TAK KAN PERNAH CALL ANI LAGI... KERANA ABG TERLALU SYGKAN ANI LAH... ABG TETAP BERUSAHA MENELEFON ANI WALAUPUN ABG TAK ADA HANDFHONE".... kata2 farid itu... membuatkan nor percaya.... kini..... hampir 5 bulan farid tidak menelefon nor... saat tu... nor teringat kembali kata2 yang pernah farid katakan.... bertapa lukanya hati nor... sedihnya hati nor... pada 3 januari 2009, nor menggunakan no baru.... sejak itu... nor dgn farid tidak lagi berhubung... sehinggalah 26 oktober 2010, nor mengenali seseorang yang menyatakan dia dalah sahabat baik kepda farid... mulanya nor tidak mempercayainya... sehinggalah dia menyatakan nama penuh farid... dan nama sebenar nor... waktu itu lah nor baru mengetahi sesuatu... sesuatu yang nor sendiri tidak mampu mempercayainya.... ianya adalah tentang farid.... siapa duga… kini insan y pernh nor sygi… cintai… suatu ketika dahulu sudah pergi utk selmanya… sudah setahun farid pergi meninggalkan nor... mungkin sudah tiba masanya… di sebabkan farid juga lah nor mengenali erti cinta… tanpa farid… nor tak kan pernah mengerti apa itu CINTA… nor akui... nor sendiri tidak pernah bertemu dengan farid... walaubagaimana pun... cinta nor pada farid berputik dengan keizinan daripada ALLAH S.W.T... tanpa-Nya... mana mungkin nor dapat mengenali farid... kini... hanya gambar sahaja yang menjadi kenangan buat nor... nor bersyukur... kerna dapat mengenali sahabat arwah... kerna dengan perkenlan itu, akhirnya nor mengetahui tentang arwah... sahabatnya hanya menjalankan amanah arwah sahaja... bagaimna sahabtnya menjumpai nor... biarlah ianya menjadi rahsia... kini.. AL-FATIHAH yang mampu nor berikan kepada arwah farid.. moga roh nya di tempatkan di antara orang2 yang mulia.. AMIN....

Isnin, 8 November 2010

the mall.. the best thing with he...

setenang lalang

best sgt2 tau,, ane xbestnya.. hari ini kuar ngan si dia y tersyg... indu giler2 kat dia.. nak tau x?? hari ini dia pakai baju y aku belikan tok dia... nice... comel... :)
saat tu aku rasa gembira sgt2... kami geraj ke the mall.. alaa... g ngok wayng.. ingt nak ngok cita magika... tapi... cam xbest jew.. kita owng pun ngok cita andela.. best gak.. nice... sweet giler.. pastu kami berdua gerak ke rumah mummy.... mummy dah pindah rumah,... cantik rumah mummy... lawa... :) rindu mummy n semua... :)
balik.. cam biasa.. dia y hantar... asenya xad ap y aku nak coretkan agy... :) nie sje cerita aku ngan si dia..
:)

love u... miss u...
(AHAD - 7/11/2010)

Sabtu, 6 November 2010

bowink!!!

> skng nie dalam minggu cuti... xtau nak bt ap.. nak keja... xtau nak keja ap...
ealah... selama nor hidup... nor lum pernah bekerja... mahupun lepas spm.. coz nor duduk di rumah sja... cuti 2 bulan bagi nor terlalu lama... sementra nak tunggu pratikum... aduh!! pening nor di btnya.. duduk di rumah... nak kuar pun susah gak.. coz... bajet xad gitu... hehehehe... haiii...susah2... xaplah... xkisah pun..

setenang lalang

Rabu, 30 Jun 2010

mengapa???

susah untuk ku katakan lagi...aku menyayngi dirinya...mencintai dirinya...
tapi apa salah aku sehingga dia sanggup melakukan sesuatu yang dia sendiri tau salah...aku menyaynginya...aku sedih...kecewa...ngan apa yang dia bt pada diriku..kini..aku buntu...aku xsanggup kehilangan dia..dia segalanya untuk aku selepas family aku...tapi...npew dia bt aku mcam nie?? aku sedih erk...
hubungan kami nak dekat dua tahun...dalam tempoh dua tahun tulah pelbagai kami harungi...ada masanya aku kehilangan kekuatan dalm menangani sumanya..YA ALLAH...YA RAHMAN...YA RAHIM...BANTULAH AKU YA ALLAH...

Sabtu, 8 Mei 2010

Puisi : Berhenti Mencintaimu



setenang lalang

Jumaat, 7 Mei 2010

CERPEN > PeRtEmuAn iNi ciNtA kitA

Kisah bermula….

Ketika hari pendaftaran, suasana yang riuh rendah dengan kehadiran para pelajar lepasan Diploma yang menyambung pengajian mereka ke peringkat Ijazah nampaknya terlalu meriah dan ada diantara mereka dapat bertemu semula dan menyambung pengajian mereka bersama. Tanpa disedari, kehadiran seorang gadis yang kecil molek serta wajahnya yang ayu dan senyumannya yang manis ditambah dengan pernampilannya yang berbaju kurung telah menarik perhatian ramai jejaka ketika itu. Nor Puteri Akila Binti Datuk Ahmad namanya dan merupakan pelajar baru yang menyambung pengajian dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pendidikan dan merupakan anak bongsu Datuk Ahmad.

Pendaftaran ketika itu hanya melibatkan pendaftaraan pelajar baru yang menyambung pengajian ke peringkat Ijazah. Saat Akila ingin memasuki Dewan Utama sementara ayahnya Datuk Ahmad menunggunya di luar, Akila telah berlanggar dengan seseorang. Tanpa disedarinya, Kila berlanggar dengan seorang lelaki yang merenung dirinya sejak awal pendaftaran sehinggalah mereka bertembung. Amirul Hakimi bin Azman nama lelaki itu dan merupakan seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pendidikan.

“Maaf,saya tak sengaja” kata si gadis kepada lelaki tersebut. Si gadis berlalu setelah memohon maaf kepada lelaki itu.
Lelaki itu memandang si gadis tanpa mengelipkan matanya sehinggakan rakannya menegur tingkah lakunya itu
“Woooiii....Kimi!! lamanya ko pandang perempuan tu? Takkan ko dah suka pada dia?.” Sahabatnya Khairul ketawa melihat tingkah laku sahabatnya Kimi. Kimi tersedar setelah Khai menegurnya.
“Apa makna semua ini? Kenapa tetiba aku rasa seperti......aaaaahhh...tak mungkinlah.” Bentak hati Kimi setelah kejadian tadi. Kimi dan Khai meneruskan pendaftaran seperti biasa.

Pada waktu yang sama, Akila mula menyedari nama di panggil.
“Akila.......” jerit sahabatnya Asmah.
Akhirnya Akila mula menyedari panggilan itu adalah dari sahabatnya Asmah ketika dia menyambung pengajian dalam peringkat Diploma. Mereka berdua berpelukan setelah bertemu.
“Laaa....ko rupanya Asmah, aku ingat siapa lah tadi. Ko apa cerita sekarang? Aku tengok makin berisi nampaknya...ada pakwe baru ke?. Hehehe...” Kata Kila sambil tertawa kepada Asmah.
“Ish!! Ko ini Kila tak habis-habis nak usik aku. Tak adalah. Eh...Kila,aku dengar Sham pun sambung belajar kat sini. Ko tak tahu ke?” petah sungguh Asmah bercerita.
“Biarlah Asmah,yang penting aku datang sini nak sambung pengajian peringkat Ijazah aku. Itu sahaja.tak lebih daripada itu. Oye, jomlah ikut aku jumpa ayah dan mak aku. Mereka berdua asyik bertanyakan tentang ko saja. Penat juga aku nak menjawabnya tau” Ajak Kila kepada Asmah.
“Ea ke? Kalau macam itu jomlah, lagi pun aku dah lama tak berjumpa dengan ayah dan ibu ko. Mereka berdua sihat ke?”
“Ish..ko ini Asmah,dah tentu-tentulah ayah mak aku sihat. Ko tu haa....yang makin sihat. Hehehe.....” jelas Kila sambil ketawa.
Kila membawa sahabat baiknya itu untuk bertemu dengan ayah dan maknya yang sedang menunggunya di ruang makan. Setelah selesai semuanya, Kila dan Asmah bergerak ke hostel untuk mengemas barang-barang. Ibu bapa pelajar masing-masing pulang setelah segala urusan selesai dan begitu juga ibu bapa Kila.

Beberapa minggu di kawasan Kampus......

Ketika Akila bersama rakan-rakannya menuju ke cafe, Sham bersama temannya bertembung dengan Akila,gadis yang comel molek. “Hai kila,takkan dengan Sham pun Kila tak nak layan?.” Kata Sham setelah melihat sikap Akila yang tidak pernah menghiraukannya sejak dahulu lagi. “Sham!! Cukuplah....jangan ganggu Kila lagi. Kila tak suka lah kalau Sham asyik menganggu Kila. Maafkan Kila ea Sham.” “Tapi Kila.... Sham sukakan Kila. Sham tak main-main Kila. Sham betul-betul sukakan Kila. Lagi pun kita kan dah lama kenal. Sejak Kila sambung Diploma lagikan kita dah kenal.” Tanpa menghiraukan apa yang dikatakan oleh Sham, Kila serta rakannya berlalu meninggalkan Sham yang bersama rakannya tadi tanpa berkata apa-apa. “Kila....kenapa ko tak terima je Sham tu? Aku tengok dia betul-betul sukakan ko. Ko tak kesiankan dia ke Kila?. Lagi pun ko dengan Sham tu kan dah lama kenal.” kata Asmah ketika melihat Kila yang khusus menyiapkan tugasan Encik Asri. “Asmah, bukan aku tak nak terima si Sham tu. Cuma....aku tak sukakan cara dia yang suka melayan perempuan. Kalau boleh semua perempuan dalam Kampus ni dia nak. Aku betul-betul tak sukakan caranya tu.” jelas Kila kepada Asmah. “Habis tu siapa yang ko suka Kila? Takkan budak skema tu?” “Ish...kesitu pula ko ni Asmah. Tak adalah, aku tak sukakan sesiapa pun. Bagi aku sekarang aku nak fokuskan pelajaran aku dulu barulah aku akan fikirkan semua ini”.

Suasana pagi di kampus sangat tenang. Kila pun sudah berada di Kampus sudah setahun. Kila seperti biasa akan bangun awal pagi untuk menjalankan aktiviti utamanya bersama sahabat baiknya Asmah. Mereka berdua sering bergerak untuk berjogging di dalam kampus terutamanya pada waktu pagi. Ketika berjogging ke arah tasik...

Dumm!!!

“Aduh!! Sakitnya” kepala Kila terasa sakit sangat-sangat pagi itu seperti dirinya telah berlanggar dengan sesuatu. “Ma...ma...maaf..saya tak sengaja. Saya tak perasan tadi. Awak tak apa-apa ke?” kata lelaki itu. “Awak ini berjogging tu gunalah mata bukan guna kepala lutut awak tu!! tengok sekarang apa awak dah buat pada rakan saya” Marah Asmah dengan sikap jejaka yang melanggar diri sahabatnya Kila. “Sa...sa...saya minta maaf,saya tak sengaja nak langgar kawan awak ini. Awak betul-betul tak apa?” Risau rasanya lelaki itu sehingga banyak kali bertanyakan keadaan gadis yang di langgarnya sebentar tadi. “Eh...tak apalah,saya tak apa-apa,maaf ea dengan sikap sahabat saya tadi. Dia memang macam itu.?” Jelas Kila bagi menghilangkan rasa kerisauan pada diri lelaki itu. Kila merenung wajah lelaki tersebut. Wajahnya seperti pernah dilihat sebelum ini tapi tidak pasti di mana. Kejadian pagi itu tidak memberikan kesan kerana tiada luka atau kecederaan pada dirinya. Akhirnya Kila dan sahabatnya berlalu dengan meneruskan berjogging. Sebelum sempat Kila berlalu, dirinya sempat merenung wajah lelaki itu. Dup dap...dup dap...seperti ada dengupan dalam dirinya. “Eh....kenapa pula lah dengan jantungku ini,dup dap...dup dap....tak kan.....Ahhh....tak mungkinlah....lupakanlah...” bentak hati Kila yang tidak ingin mengakui tentang apa yang terjadi pada dirinya.

Semasa Kila ingin menuju ke bilik Pensyarah Sosiologi, Dumm!! Kila telah berlanggar dengan seseorang yang muncul entah dari arah mana pun Kila tak sedar. “Maaf,saya tak sengaja. Saya minta maaf”. Kata Kila kepada lelaki itu. Kertas yang dibawa oleh Kila sebentar tadi telah bertaburan di lantai. Lelaki tadi akhirnya menolongnya mengutip semula kertas-kertas tersebut. “Tak apalah,bukan salah awak sorang je. Salah saya juga jalan tak tengok depan. Maafkan saya.” jelas lelaki itu kepada Kila yang dilihatnya berada dalam keadaan kelam kabut. “Hurm...awk ini pelajar baru ke?” tanya lelaki itu. “E.....ea...saya pelajar baru disini. Kenapa?” tanya Kila. “Ooo..tak ada apa-apa. Saja je. Awak ini mesti ingin berjumpa dengan Encik Asri kan?” Tegur Jejaka tersebut. “Ea......saya memang nak berjumpa dengan Encik Asri. Mana awak tahu?” tanya Akila setelah pelik melihat pertanyaan lelaki yang tidak dikenalinya dan seperti pernah terlihat wajah lelaki tersebut. Tapi....dimana ea? . “Oooo...saya pun ingin berjumpa dengan Encik Asri untuk menghantar tugasannya dan awak pun tentu sama seperti saya kan? Bukan apa Encik Asri tak ada dalam biliknya,dia baru sahaja keluar.” Jelas lelaki tersebut kepada Kila. “Eh..eake...jadi awk pun nak hantar tugasan Encik Asri ea....Kalau macam itu tak apalah,mungkin esok saya akan berjumpa dengan Encik Asri untuk menghantar tugasan ini.” Jelas Kila. “Hurm...tunggu kejap,saya rasa saya kita seperti pernah bertemulah.Tapi...saya tak pasti dimana?” tegur lelaki itu setelah merenung wajah Kila. “Ooo....eake?? saya rasa awak silap orang kot.” jelas Kila. “Hurm...baru saya ingat,awk ingat tak masa waktu awak berjogging?” “Maksud awk?” Kila semakin pelik. “Ingat tak awak pernah berlanggar dengan seseorang, pastu awak kesakitan setelah berlanggar?” “Hmmm....rasanya....baru saya ingat,jadi awaklah lelaki yang langgar saya masa saya berjogging dengan sahabat saya tu ea?” Kila tertawa setelah mengingati kejadian itu “Ea...saya. tak sangkakan, kita bertemu lagikan” jelas pengakuan lelaki itu setelah Kila menginganti peristiwa tersebut. “Ha’ah...tak sangka kita bertemu lagi” Kila mula mengakui pertemuan tersebut dan dirinya mula tersenyum dengan apa yang terjadi. Belum sempat Kila ingin melangkah pergi, lelaki itu telah memulakan salam perkenalan kepadanya. “Oye, Saya Amirul Hakimi bin Azman. Pelajar sambungan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pendidikan. Panggil je saya Kimi dan awk?” lelaki itu mengenalkan dirinya sebagai permulaan perkenalan mereka. “Oooo...saya Nur Puteri Akila bin Datuk Ahmad, pelajar sambungan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang sama dengan awak dan just call me Kila”. Sambil berjalan beriringan menuju untuk keluar dari fakulti, mereka berdua berborak terlebih dahulu “Eh..tak sangkakan kita berdua ini dalam bidang yang sama” kata Kimi. “Ha’ah..tapi saya berada dalam kumpulan 3 dan awk?” tanya Kila kepada jejaka yang baru dikenalinya sebagai Kimi. “Saya pula dalam kumpulan 1” jelas Kimi kepada gadis yang cukup ayu dengan pernampilannya yang bertudung. “Hurm..saya balik dulu ea. Lagipun sahabat saya dah menunggu saya” pinta Kila kepada Kimi. “Baiklah, ada masa kita berjumpa lagi ea” jelas Kimi. Salam perkenalan diantara mereka telah berubah kepada perhubungan persahabatan. Siapa sangka pertemuan kali ketiga itu telah membuatkan mereka berdua menjadi sahabat yang semakin rapat.

Selepas peristiwa pertembungan antara Kila dan Kimi sejak sebulan yang lalu mereka berdua kini menjadi rapat. Tapi.....pada hakikatnya, mereka berdua hanya dua sahabat. Ketika didalam bilik.....
“Kila...sejak bila ko kenal dengan budak lelaki yang namanya.....apa ea...hurm...??”
“Maksud ko Kimi?”
“Ha’ah....dia...” jawab Asmah dengan yakin bahawa lelaki tersebut adalah Kimi.
“Aku kenal dia time aku nak hantar tugasan Encik Asri.kenapa ko tanya aku cam tu Asmah??”
Hurm....”
“Kenapa Asmah?” Tanya Kila setelah pelik melihat sikap sahabatnya itu yang bertanyakan soalan yang pelik-pelik.
“Sebenarnya aku pelik lah macam mana lah ko dengan dia leh kenal dan sekarang korang dua baik sangat-sangat..”
“Apa yang nak ko pelik kan cik Asmah ooiii....”
“Ealah korang sekarang rapat sangat tau...sampai aku dengar teman-teman lain kata korang dua pasangan kekasih. Jadi aku nak tanya ko sesuatu lah Kila.”
“Apa dia? Jawab Kila
“Ko suka kat budak lelaki tu ke? Maaflah aku tanya macam ini kat ko. Aku harap ko tak kisah”
“Asmah...Asmah...kenapa ko boleh fikir jauh sampai macam tu sekali? Aku akui aku dengan Kimi memang rapat sangat-sangat.Tapi itu tak bermakna aku sukakan dia Asmah. Bagi aku sekarang apa yang penting aku nak habiskan pengajian aku terlebih dahulu.Tu yang paling penting sekali buat aku.” jelas Kila pada rakannya Asmah. Tapi...pada hakikatnya Kila akui dia mula merasa senang dengan kehadiran Kimi dalam hidupnya sebagai sahabat. Tapi....pada masa yang sama juga Kila tidak dapat menbohongi dirinya yang dia turut menyukai Kimi Cuma belum tiba masanya lagi untuk dia memaklumkan kepada sahabatnya Asmah tentang perasaan sebenarnya kepada Kimi.

Perhubungan antara Kila dan Kimi kini semakin rapat sehingga kan satu hari itu....
“Kila.....Kimi ada sesuatu nak tanya Kila.Leh tak?”
“Apa dia Kimi? Tanyalah, Kila tak kisah pun asalkan bukan soalan yang bukan-bukan k.”
“Hmmm....Kila dah ada buah hati?”
“Eh...Kimi ini kenapa tanya macam tu pada Kila? Hurm....”
“Kimi.....hurm...sebenarnya......”
“Sebenarnya apa Kimi? Jujur dengan Kila. Kimi tak pernah macam ini sebelum ini. Kenapa ini Kimi? Hurm.....”
Sebenarnya....”
Belum sempat Kimi ingin meluahkan perasaan sebenarnya pada Kila, Asmah bersama teman yang lain muncul dan menghampiri mereka berdua yang sedang berada di cafe.
“Korang berdua ini buat apa haaa......? dating ea?” Kata Asmah kepada Kila dan Kimi.
“Eh....ko ni Asmah,mana ada kita orang dua dating. Ko tak nampak ke kami berdua ini tengah stduy haaa...!!” Marah Kila kepada rakan baiknya Asmah.
“Ok-ok...aku minta maaf. aku gurau jelah Kila,yang ko nak marah-marah ini kenapa? Sebenarnya aku dengan rakan yang lain nak ajak ko pergi makan luar. Ko nak ikut tak?”
“Hurm...aku ada kerja nak siapkanlah Asmah. Bukan aku tak nak ikut korang.”
“Ahh!! Kali ini tak ada alasan lagi ea Cik Kila. Kali ini ko kena ikut juga kita orang. Oye..,Kimi lau ko tak sibuk ko ikutlah kita orang sekali.” Pelawa Asmah kepada Kimi.
“Eh...tak apalah,Kimi ada kerja nak disiapkan,Asmah pergilah dengan yang lain ea.” Jelas Kimi kepada Asmah.
“Kalau macam tu tak apalah Kimi. Lagipun kita orang nak gerak dah ini. Nanti takut lambat pula. Woi!! Kila...cepat lah!! Yang ko duduk dengan Kimi tu lagi Kenapa? Kita dah lambat ini” Marah Asmah bila melihat Kila yang masih terhegeh-hegeh.
“Ea.....ea....aku datang ini. Kimi......Kila pergi dulu ea. Nanti kita jumpa lagi ea. Assalammualaikum”
“Waalaikummussalam”jawab Kimi dengan perasaan yang hampa.

Peperiksaan akhir bagi semester akhir semakin tiba. Semua pelajar sibuk dengan study masing-masing termasuklah Kila bersama rakannya yang lain sementara Kimi masih gelisah kerana tidak dapat berterus terang tentang perasaannya kepada Kila lagi. Akhirnya Kimi mengambil keputusan untuk meluahkan perasaannya kepada Kila sebelum tamatnya semester tahun akhir ini. Minggu peperiksaan berjalan dengan lancar. Semua pelajar sibuk menghadapi peperiksaan. Akhirnya,peperiksaan selama 3 minggu itu telah berakhir tanpa sebarang masalah. Semua pelajar kini kian sibuk mengemas barang untuk pulang.
Ketika Kila bersama rakannya sedang sibuk mengemas, dengan tetiba telefon Kila berbunyi lagu “Ketika Cinta Bertasbih”. Kila melihat ke skrin telefonnya,tertera nama lelaki yang disukainya iaitu Kimi.

“Assalammulaikum Kila”
“Waalaikummussalam Kimi. Kenapa ini sampai telefon-telefon Kila?”
“Kila....Kimi nak jumpa Kila boleh tak? Pleasa Kila....”
“Kenapa ini Kimi? Ada hal apa? sampai Kimi tak boleh nak cakap dengan Kila hingga nak berjumpa dengan Kila ini? Hurm..” Kila mula merasa pelik dengan apa yang dikatakan oleh Kimi.
“Kimi tak boleh cakap sekarang. Kimi perlu bertemu dengan Kila untuk menjelaskan segalanya.Please.....please.....Kila...Kita jumpa..Kimi tunggu Kila kat fakulti ea pukul 5 petang.”
Belum sempat Kila berkata apa-apa, Kimi terus meletakkan panggilan. Kila semakin tertanya dengan sikap Kimi yang selama ini tidak seperti ini. Akhirnya Kila mengambil keputusan untuk bertemu dengan Kimi di tempat dan waktu yang dijanji. Kila dan Kimi berjumpa dan Kimi telah membawa Kila pergi ke sebuah tasik yang yang sangat cantik.

Ketika di tasik.... Mereka berdua beriringan. Sehinggalah Kimi........
“Kila......” panggil Kimi.
“Kenapa ini Kimi? Kimi ada masalah ke? Kalau ada Kimi bagitahulah Kila ea” kata Kila kepada Kimi.
“Sebenarnya Kila, Kimi tak nak tunggu lama-lama lagi. Sebenarnya Kimi....”
“Sebenarnya apa Kimi? Terus terang dengan Kila dan jangan sembunyikan apa-apa daripada Kila.” Kila mula merasa kurang selesa dengan sikap Kimi pada masa itu.
“Baiklah Kila, Kimi nak Kila tau sesuatu. Sebenarnya Kimi sukakan Kila. Kimi cintakan Kila. Maafkan Kimi. Kimi terpaksa buat macam ini. Kimi tak nak kehilangan Kila. Kimi ingin bersama Kila.” jelas Kimi kepada Kila.
“Apa maksud Kimi dengan semua ini?” tanya Kila yang pelik dengan pengakuan Kimi sebentar tadi.
“Kila...Kimi menyintai Kila. Kimi ingin bersama Kila.” Jelas Kimi dengan bersungguh kepada Kila. Gadis yang dicintainya dengan sepenuh hati. Kila ketika itu terkejut dengan apa yang berlaku sehinggakan Kila tidak berkata apa-apa. Hanya linangan air mata yang mengalir ketika itu. Sesaat kemudian, Kila akhirnya bersuara.
“Kimi.....” panggil Kila yang masih berada dalam keadaan sayu.
“Ea Kila....” jawab Kimi.
“Benar kah apa yang Kimi katakan tadi?”
“Ea Kila...benar..Kimi betul-betul sukakan Kila. Kimi menyintai Kila. Terimalah Kimi sebagai teman dalam hidup Kila. Jangan tinggalkan Kimi.” jelas Kimi kepada Kila.
“Tapi Kimi.....sejak bila? dan kenapa baru sekarang Kimi luahkannya? Kenapa tidak dulu? Kenapa Kimi?” tanya Kila.
“Kimi takut...takut kalau cinta Kimi akhirnya ditolak. Kimi tak sanggup Kila. Tak sanggup. Kimi terlalu menyintai Kila. Sejak pertama kali Kimi bertemu dengan Kila, Kimi mula rasakan sesuatu tapi Kimi tidak pasti tentang perasaan Kimi ketika itu. Akhirnya kali ketiga kita berjumpa, Kimi dapat merasakan seperti ada sesuatu antara kita sehinggalah kita menjadi rapat. Saat itulah baru Kimi sedar yang Kimi mula menyukai dan menyintai Kila dan Kimi ingin minta maaf kepada Kila kerana baru sekarang Kimi berterus terang pada Kila. Maafkan Kimi.” Kimi menjelaskan segalanya kepada Kila sambil menitiskan air matanya. Kimi melutut dihadapan Kila sambil menyapu linangan air mata Kila yang mengalir tanpa henti dan Kimi menyatakan sesuatu kepada Kila..........
“Kila...sudikah Kila menjadi isteri Kimi?” Dengan linangan air mata, Kila turut menyatakan perasaan sebenarnya kepada Kimi setelah Kimi menjelaskan segalanya.
“Ea Kimi....Kila sudi menjadi isteri Kimi. Kila sebenarnya.....turut menyintai dan menyukai Kimi dan Kila minta maaf juga kerana tidak menyatakannya”
“Kila...terima kasih Kila kerana sudi menerima cinta Kimi dan insyaallah Kimi akan menjaga Kila dengan sepenuh hati Kimi.” Dengan gembira Kimi mengucapkan terima kasih kepada Kila dengan mencium tangan Kila.
“Sama-sama Kimi. Kila akan hargai segala yang Kimi berikan kepada Kila” jelas Kila kepada Kimi.

Setelah Kimi meluahkan perasaannya dan mendapat jawapan daripada Kila sejak dua minggu yang lalu, perhubungan mereka berdua kiat menjadi rapat sehinggalah mereka berdua mendapat tawaran belajar ke luar negara dan mereka berdua menerima tawaran itu. Sebelum mereka berangkat, sebuah ikatan pertunangan terjalin diantara mereka. Dengan restu daripada kedua belah pihak. Kimi dan Kila telah ditunangkan sebelum mereka menyambung pengajian mereka ke luar negara.

3 tahun kemudiannya...

“Aku nikahkah dikau Amirul Hakimi bin Azman dengan Nor Puteri Akila Binti Datuk Ahmad dengan mas kahwin sebanyak RM80” ucap tok kadi kepada Kimi.
“Aku terima nikah Nor Puteri Akila Binti Datuk Ahmad dengan mas kahwin sebanyak RM80” jelas Kimi kepada tok kadi.
“Sah? Sah?” tanya tok kadi kepada saksi ketika itu.
“Sah!!” kata saksi kepada tok kadi.
“Amin........” doa dibacakan oleh tok kadi setelah akad nikah berjalan dengan lancar.
Akhirnya Nor Puteri Akilah Binti Datuk Ahmad kini telah menjadi isteri yang sah kepada Amirul Hakimi Bin Azman.

Sambil berpelukan. Kimi menyatakan perasaan gembiranya kepada Gadis yang dicintainya selama ini yang kini telah menjadi isteri yang sah kepadanya.
“Kila....terima kasih sekali lagi abang ucapkan kerana Kila sudi menjadi isteri abang. Abang janji,abang akan jaga Kila dengan sebaik mungkin. Kila.....abang cintakan Kila sepenuh hati abang.” jelas Kimi kepada Kila.
“Sama-sama abang. Kila turut menyintai abang dengan sepenuh hati dan Kila akan bersama dengan abang selamanya” jelas Kila kepada suaminya Kimi dengan sepenuh hatinya yang gembira kerana akhirnya dia menjadi isteri yang sah kepada lelaki yang dicintainya. Pertemuan antara mereka telah mewujudkan rasa cinta dan akhirnya dengan restu kedua belah pihak, mereka berdua telah di ijabkabulkan. Kini....cinta mereka masih lagi kukuh sehinggalah Kila melahirkan zuriat untuk suaminya yang tercinta.

"CINTA ITU SEPERTI KAIN PUTIH, HANYA KITA YANG AKAN MENCORAKKAN CINTA ITU AGAR CINTA ITU MENJADI SEBUAH CINTA YANG SUCI DAN DI DIBERKATI ILLAHI. DAN SEMOGA CINTA YANG HADIR ITU AKAN TERUS BERKEKALAN SELAMANYA"

Harap para pembaca akan memberikan komen yang bersesuai dengan hasil cerpen saya ini yang tidak seberapa. Ini merupakan cerpen ketiga saya yang pernah saya hantar ke laman web penulisan2u ini. Ikhlas dari saya.

sUkaR uNtUk dipErkAtaKaN..

> banyak sudah perkara yang di lalui..pahit..manis telah ku lalui..

Rabu, 28 April 2010

nAsiHat-nAsiHat uNtUk mErEkA Y bErciNta...

♥ Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'.

♥ Bercintalah kau dengan nya dengan sekadarnya. Kelak mungkin 'si dia' mungkin bukan jodoh untukmu.

♥ Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'.

♥ Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melaggar syariatNYA.

♥ Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.

♥ Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

♥ Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

♥ Bercintalah untuk mencapai cintaNYA.

♥ Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

♥ Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagian darimu.

Setiap nasihat ini mungkin tidak relevan kepada seseorang. Mungkin ia juga relevan kepada seseorang yang lain.

Selasa, 27 April 2010

cinta itu....

benar kata orang...cinta bukan sesuatu yang boleh di paksa...kita sebagai manusia biasa seharusnya menerima sekiranya cinta itu hadir..hadir dengan seikhlas dari seseorang yang mula mencintai kita dengan seadanya...terimalah dia seadanya seperti mana dia menerima diri kita seadanya...setiap antara kita mempunyai kelemahan masing-masing...kekurangan masing-masing...dengan adanya pasangan yang benar-benar sesuailah ianya akan melengkapi diri kita...percayalah...cinta itu akan tetap hadir...hadir dalam hidup kita...yakinlah...

Menjemput bidadari