Kisah bermula….
Ketika hari pendaftaran, suasana yang riuh rendah dengan kehadiran para pelajar lepasan Diploma yang menyambung pengajian mereka ke peringkat Ijazah nampaknya terlalu meriah dan ada diantara mereka dapat bertemu semula dan menyambung pengajian mereka bersama. Tanpa disedari, kehadiran seorang gadis yang kecil molek serta wajahnya yang ayu dan senyumannya yang manis ditambah dengan pernampilannya yang berbaju kurung telah menarik perhatian ramai jejaka ketika itu. Nor Puteri Akila Binti Datuk Ahmad namanya dan merupakan pelajar baru yang menyambung pengajian dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pendidikan dan merupakan anak bongsu Datuk Ahmad.
Pendaftaran ketika itu hanya melibatkan pendaftaraan pelajar baru yang menyambung pengajian ke peringkat Ijazah. Saat Akila ingin memasuki Dewan Utama sementara ayahnya Datuk Ahmad menunggunya di luar, Akila telah berlanggar dengan seseorang. Tanpa disedarinya, Kila berlanggar dengan seorang lelaki yang merenung dirinya sejak awal pendaftaran sehinggalah mereka bertembung. Amirul Hakimi bin Azman nama lelaki itu dan merupakan seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pendidikan.
“Maaf,saya tak sengaja” kata si gadis kepada lelaki tersebut. Si gadis berlalu setelah memohon maaf kepada lelaki itu.
Lelaki itu memandang si gadis tanpa mengelipkan matanya sehinggakan rakannya menegur tingkah lakunya itu
“Woooiii....Kimi!! lamanya ko pandang perempuan tu? Takkan ko dah suka pada dia?.” Sahabatnya Khairul ketawa melihat tingkah laku sahabatnya Kimi. Kimi tersedar setelah Khai menegurnya.
“Apa makna semua ini? Kenapa tetiba aku rasa seperti......aaaaahhh...tak mungkinlah.” Bentak hati Kimi setelah kejadian tadi. Kimi dan Khai meneruskan pendaftaran seperti biasa.
Pada waktu yang sama, Akila mula menyedari nama di panggil.
“Akila.......” jerit sahabatnya Asmah.
Akhirnya Akila mula menyedari panggilan itu adalah dari sahabatnya Asmah ketika dia menyambung pengajian dalam peringkat Diploma. Mereka berdua berpelukan setelah bertemu.
“Laaa....ko rupanya Asmah, aku ingat siapa lah tadi. Ko apa cerita sekarang? Aku tengok makin berisi nampaknya...ada pakwe baru ke?. Hehehe...” Kata Kila sambil tertawa kepada Asmah.
“Ish!! Ko ini Kila tak habis-habis nak usik aku. Tak adalah. Eh...Kila,aku dengar Sham pun sambung belajar kat sini. Ko tak tahu ke?” petah sungguh Asmah bercerita.
“Biarlah Asmah,yang penting aku datang sini nak sambung pengajian peringkat Ijazah aku. Itu sahaja.tak lebih daripada itu. Oye, jomlah ikut aku jumpa ayah dan mak aku. Mereka berdua asyik bertanyakan tentang ko saja. Penat juga aku nak menjawabnya tau” Ajak Kila kepada Asmah.
“Ea ke? Kalau macam itu jomlah, lagi pun aku dah lama tak berjumpa dengan ayah dan ibu ko. Mereka berdua sihat ke?”
“Ish..ko ini Asmah,dah tentu-tentulah ayah mak aku sihat. Ko tu haa....yang makin sihat. Hehehe.....” jelas Kila sambil ketawa.
Kila membawa sahabat baiknya itu untuk bertemu dengan ayah dan maknya yang sedang menunggunya di ruang makan. Setelah selesai semuanya, Kila dan Asmah bergerak ke hostel untuk mengemas barang-barang. Ibu bapa pelajar masing-masing pulang setelah segala urusan selesai dan begitu juga ibu bapa Kila.
Beberapa minggu di kawasan Kampus......
Ketika Akila bersama rakan-rakannya menuju ke cafe, Sham bersama temannya bertembung dengan Akila,gadis yang comel molek. “Hai kila,takkan dengan Sham pun Kila tak nak layan?.” Kata Sham setelah melihat sikap Akila yang tidak pernah menghiraukannya sejak dahulu lagi. “Sham!! Cukuplah....jangan ganggu Kila lagi. Kila tak suka lah kalau Sham asyik menganggu Kila. Maafkan Kila ea Sham.” “Tapi Kila.... Sham sukakan Kila. Sham tak main-main Kila. Sham betul-betul sukakan Kila. Lagi pun kita kan dah lama kenal. Sejak Kila sambung Diploma lagikan kita dah kenal.” Tanpa menghiraukan apa yang dikatakan oleh Sham, Kila serta rakannya berlalu meninggalkan Sham yang bersama rakannya tadi tanpa berkata apa-apa. “Kila....kenapa ko tak terima je Sham tu? Aku tengok dia betul-betul sukakan ko. Ko tak kesiankan dia ke Kila?. Lagi pun ko dengan Sham tu kan dah lama kenal.” kata Asmah ketika melihat Kila yang khusus menyiapkan tugasan Encik Asri. “Asmah, bukan aku tak nak terima si Sham tu. Cuma....aku tak sukakan cara dia yang suka melayan perempuan. Kalau boleh semua perempuan dalam Kampus ni dia nak. Aku betul-betul tak sukakan caranya tu.” jelas Kila kepada Asmah. “Habis tu siapa yang ko suka Kila? Takkan budak skema tu?” “Ish...kesitu pula ko ni Asmah. Tak adalah, aku tak sukakan sesiapa pun. Bagi aku sekarang aku nak fokuskan pelajaran aku dulu barulah aku akan fikirkan semua ini”.
Suasana pagi di kampus sangat tenang. Kila pun sudah berada di Kampus sudah setahun. Kila seperti biasa akan bangun awal pagi untuk menjalankan aktiviti utamanya bersama sahabat baiknya Asmah. Mereka berdua sering bergerak untuk berjogging di dalam kampus terutamanya pada waktu pagi. Ketika berjogging ke arah tasik...
Dumm!!!
“Aduh!! Sakitnya” kepala Kila terasa sakit sangat-sangat pagi itu seperti dirinya telah berlanggar dengan sesuatu. “Ma...ma...maaf..saya tak sengaja. Saya tak perasan tadi. Awak tak apa-apa ke?” kata lelaki itu. “Awak ini berjogging tu gunalah mata bukan guna kepala lutut awak tu!! tengok sekarang apa awak dah buat pada rakan saya” Marah Asmah dengan sikap jejaka yang melanggar diri sahabatnya Kila. “Sa...sa...saya minta maaf,saya tak sengaja nak langgar kawan awak ini. Awak betul-betul tak apa?” Risau rasanya lelaki itu sehingga banyak kali bertanyakan keadaan gadis yang di langgarnya sebentar tadi. “Eh...tak apalah,saya tak apa-apa,maaf ea dengan sikap sahabat saya tadi. Dia memang macam itu.?” Jelas Kila bagi menghilangkan rasa kerisauan pada diri lelaki itu. Kila merenung wajah lelaki tersebut. Wajahnya seperti pernah dilihat sebelum ini tapi tidak pasti di mana. Kejadian pagi itu tidak memberikan kesan kerana tiada luka atau kecederaan pada dirinya. Akhirnya Kila dan sahabatnya berlalu dengan meneruskan berjogging. Sebelum sempat Kila berlalu, dirinya sempat merenung wajah lelaki itu. Dup dap...dup dap...seperti ada dengupan dalam dirinya. “Eh....kenapa pula lah dengan jantungku ini,dup dap...dup dap....tak kan.....Ahhh....tak mungkinlah....lupakanlah...” bentak hati Kila yang tidak ingin mengakui tentang apa yang terjadi pada dirinya.
Semasa Kila ingin menuju ke bilik Pensyarah Sosiologi, Dumm!! Kila telah berlanggar dengan seseorang yang muncul entah dari arah mana pun Kila tak sedar. “Maaf,saya tak sengaja. Saya minta maaf”. Kata Kila kepada lelaki itu. Kertas yang dibawa oleh Kila sebentar tadi telah bertaburan di lantai. Lelaki tadi akhirnya menolongnya mengutip semula kertas-kertas tersebut. “Tak apalah,bukan salah awak sorang je. Salah saya juga jalan tak tengok depan. Maafkan saya.” jelas lelaki itu kepada Kila yang dilihatnya berada dalam keadaan kelam kabut. “Hurm...awk ini pelajar baru ke?” tanya lelaki itu. “E.....ea...saya pelajar baru disini. Kenapa?” tanya Kila. “Ooo..tak ada apa-apa. Saja je. Awak ini mesti ingin berjumpa dengan Encik Asri kan?” Tegur Jejaka tersebut. “Ea......saya memang nak berjumpa dengan Encik Asri. Mana awak tahu?” tanya Akila setelah pelik melihat pertanyaan lelaki yang tidak dikenalinya dan seperti pernah terlihat wajah lelaki tersebut. Tapi....dimana ea? . “Oooo...saya pun ingin berjumpa dengan Encik Asri untuk menghantar tugasannya dan awak pun tentu sama seperti saya kan? Bukan apa Encik Asri tak ada dalam biliknya,dia baru sahaja keluar.” Jelas lelaki tersebut kepada Kila. “Eh..eake...jadi awk pun nak hantar tugasan Encik Asri ea....Kalau macam itu tak apalah,mungkin esok saya akan berjumpa dengan Encik Asri untuk menghantar tugasan ini.” Jelas Kila. “Hurm...tunggu kejap,saya rasa saya kita seperti pernah bertemulah.Tapi...saya tak pasti dimana?” tegur lelaki itu setelah merenung wajah Kila. “Ooo....eake?? saya rasa awak silap orang kot.” jelas Kila. “Hurm...baru saya ingat,awk ingat tak masa waktu awak berjogging?” “Maksud awk?” Kila semakin pelik. “Ingat tak awak pernah berlanggar dengan seseorang, pastu awak kesakitan setelah berlanggar?” “Hmmm....rasanya....baru saya ingat,jadi awaklah lelaki yang langgar saya masa saya berjogging dengan sahabat saya tu ea?” Kila tertawa setelah mengingati kejadian itu “Ea...saya. tak sangkakan, kita bertemu lagikan” jelas pengakuan lelaki itu setelah Kila menginganti peristiwa tersebut. “Ha’ah...tak sangka kita bertemu lagi” Kila mula mengakui pertemuan tersebut dan dirinya mula tersenyum dengan apa yang terjadi. Belum sempat Kila ingin melangkah pergi, lelaki itu telah memulakan salam perkenalan kepadanya. “Oye, Saya Amirul Hakimi bin Azman. Pelajar sambungan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pendidikan. Panggil je saya Kimi dan awk?” lelaki itu mengenalkan dirinya sebagai permulaan perkenalan mereka. “Oooo...saya Nur Puteri Akila bin Datuk Ahmad, pelajar sambungan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang sama dengan awak dan just call me Kila”. Sambil berjalan beriringan menuju untuk keluar dari fakulti, mereka berdua berborak terlebih dahulu “Eh..tak sangkakan kita berdua ini dalam bidang yang sama” kata Kimi. “Ha’ah..tapi saya berada dalam kumpulan 3 dan awk?” tanya Kila kepada jejaka yang baru dikenalinya sebagai Kimi. “Saya pula dalam kumpulan 1” jelas Kimi kepada gadis yang cukup ayu dengan pernampilannya yang bertudung. “Hurm..saya balik dulu ea. Lagipun sahabat saya dah menunggu saya” pinta Kila kepada Kimi. “Baiklah, ada masa kita berjumpa lagi ea” jelas Kimi. Salam perkenalan diantara mereka telah berubah kepada perhubungan persahabatan. Siapa sangka pertemuan kali ketiga itu telah membuatkan mereka berdua menjadi sahabat yang semakin rapat.
Selepas peristiwa pertembungan antara Kila dan Kimi sejak sebulan yang lalu mereka berdua kini menjadi rapat. Tapi.....pada hakikatnya, mereka berdua hanya dua sahabat. Ketika didalam bilik.....
“Kila...sejak bila ko kenal dengan budak lelaki yang namanya.....apa ea...hurm...??”
“Maksud ko Kimi?”
“Ha’ah....dia...” jawab Asmah dengan yakin bahawa lelaki tersebut adalah Kimi.
“Aku kenal dia time aku nak hantar tugasan Encik Asri.kenapa ko tanya aku cam tu Asmah??”
Hurm....”
“Kenapa Asmah?” Tanya Kila setelah pelik melihat sikap sahabatnya itu yang bertanyakan soalan yang pelik-pelik.
“Sebenarnya aku pelik lah macam mana lah ko dengan dia leh kenal dan sekarang korang dua baik sangat-sangat..”
“Apa yang nak ko pelik kan cik Asmah ooiii....”
“Ealah korang sekarang rapat sangat tau...sampai aku dengar teman-teman lain kata korang dua pasangan kekasih. Jadi aku nak tanya ko sesuatu lah Kila.”
“Apa dia? Jawab Kila
“Ko suka kat budak lelaki tu ke? Maaflah aku tanya macam ini kat ko. Aku harap ko tak kisah”
“Asmah...Asmah...kenapa ko boleh fikir jauh sampai macam tu sekali? Aku akui aku dengan Kimi memang rapat sangat-sangat.Tapi itu tak bermakna aku sukakan dia Asmah. Bagi aku sekarang apa yang penting aku nak habiskan pengajian aku terlebih dahulu.Tu yang paling penting sekali buat aku.” jelas Kila pada rakannya Asmah. Tapi...pada hakikatnya Kila akui dia mula merasa senang dengan kehadiran Kimi dalam hidupnya sebagai sahabat. Tapi....pada masa yang sama juga Kila tidak dapat menbohongi dirinya yang dia turut menyukai Kimi Cuma belum tiba masanya lagi untuk dia memaklumkan kepada sahabatnya Asmah tentang perasaan sebenarnya kepada Kimi.
Perhubungan antara Kila dan Kimi kini semakin rapat sehingga kan satu hari itu....
“Kila.....Kimi ada sesuatu nak tanya Kila.Leh tak?”
“Apa dia Kimi? Tanyalah, Kila tak kisah pun asalkan bukan soalan yang bukan-bukan k.”
“Hmmm....Kila dah ada buah hati?”
“Eh...Kimi ini kenapa tanya macam tu pada Kila? Hurm....”
“Kimi.....hurm...sebenarnya......”
“Sebenarnya apa Kimi? Jujur dengan Kila. Kimi tak pernah macam ini sebelum ini. Kenapa ini Kimi? Hurm.....”
Sebenarnya....”
Belum sempat Kimi ingin meluahkan perasaan sebenarnya pada Kila, Asmah bersama teman yang lain muncul dan menghampiri mereka berdua yang sedang berada di cafe.
“Korang berdua ini buat apa haaa......? dating ea?” Kata Asmah kepada Kila dan Kimi.
“Eh....ko ni Asmah,mana ada kita orang dua dating. Ko tak nampak ke kami berdua ini tengah stduy haaa...!!” Marah Kila kepada rakan baiknya Asmah.
“Ok-ok...aku minta maaf. aku gurau jelah Kila,yang ko nak marah-marah ini kenapa? Sebenarnya aku dengan rakan yang lain nak ajak ko pergi makan luar. Ko nak ikut tak?”
“Hurm...aku ada kerja nak siapkanlah Asmah. Bukan aku tak nak ikut korang.”
“Ahh!! Kali ini tak ada alasan lagi ea Cik Kila. Kali ini ko kena ikut juga kita orang. Oye..,Kimi lau ko tak sibuk ko ikutlah kita orang sekali.” Pelawa Asmah kepada Kimi.
“Eh...tak apalah,Kimi ada kerja nak disiapkan,Asmah pergilah dengan yang lain ea.” Jelas Kimi kepada Asmah.
“Kalau macam tu tak apalah Kimi. Lagipun kita orang nak gerak dah ini. Nanti takut lambat pula. Woi!! Kila...cepat lah!! Yang ko duduk dengan Kimi tu lagi Kenapa? Kita dah lambat ini” Marah Asmah bila melihat Kila yang masih terhegeh-hegeh.
“Ea.....ea....aku datang ini. Kimi......Kila pergi dulu ea. Nanti kita jumpa lagi ea. Assalammualaikum”
“Waalaikummussalam”jawab Kimi dengan perasaan yang hampa.
Peperiksaan akhir bagi semester akhir semakin tiba. Semua pelajar sibuk dengan study masing-masing termasuklah Kila bersama rakannya yang lain sementara Kimi masih gelisah kerana tidak dapat berterus terang tentang perasaannya kepada Kila lagi. Akhirnya Kimi mengambil keputusan untuk meluahkan perasaannya kepada Kila sebelum tamatnya semester tahun akhir ini. Minggu peperiksaan berjalan dengan lancar. Semua pelajar sibuk menghadapi peperiksaan. Akhirnya,peperiksaan selama 3 minggu itu telah berakhir tanpa sebarang masalah. Semua pelajar kini kian sibuk mengemas barang untuk pulang.
Ketika Kila bersama rakannya sedang sibuk mengemas, dengan tetiba telefon Kila berbunyi lagu “Ketika Cinta Bertasbih”. Kila melihat ke skrin telefonnya,tertera nama lelaki yang disukainya iaitu Kimi.
“Assalammulaikum Kila”
“Waalaikummussalam Kimi. Kenapa ini sampai telefon-telefon Kila?”
“Kila....Kimi nak jumpa Kila boleh tak? Pleasa Kila....”
“Kenapa ini Kimi? Ada hal apa? sampai Kimi tak boleh nak cakap dengan Kila hingga nak berjumpa dengan Kila ini? Hurm..” Kila mula merasa pelik dengan apa yang dikatakan oleh Kimi.
“Kimi tak boleh cakap sekarang. Kimi perlu bertemu dengan Kila untuk menjelaskan segalanya.Please.....please.....Kila...Kita jumpa..Kimi tunggu Kila kat fakulti ea pukul 5 petang.”
Belum sempat Kila berkata apa-apa, Kimi terus meletakkan panggilan. Kila semakin tertanya dengan sikap Kimi yang selama ini tidak seperti ini. Akhirnya Kila mengambil keputusan untuk bertemu dengan Kimi di tempat dan waktu yang dijanji. Kila dan Kimi berjumpa dan Kimi telah membawa Kila pergi ke sebuah tasik yang yang sangat cantik.
Ketika di tasik.... Mereka berdua beriringan. Sehinggalah Kimi........
“Kila......” panggil Kimi.
“Kenapa ini Kimi? Kimi ada masalah ke? Kalau ada Kimi bagitahulah Kila ea” kata Kila kepada Kimi.
“Sebenarnya Kila, Kimi tak nak tunggu lama-lama lagi. Sebenarnya Kimi....”
“Sebenarnya apa Kimi? Terus terang dengan Kila dan jangan sembunyikan apa-apa daripada Kila.” Kila mula merasa kurang selesa dengan sikap Kimi pada masa itu.
“Baiklah Kila, Kimi nak Kila tau sesuatu. Sebenarnya Kimi sukakan Kila. Kimi cintakan Kila. Maafkan Kimi. Kimi terpaksa buat macam ini. Kimi tak nak kehilangan Kila. Kimi ingin bersama Kila.” jelas Kimi kepada Kila.
“Apa maksud Kimi dengan semua ini?” tanya Kila yang pelik dengan pengakuan Kimi sebentar tadi.
“Kila...Kimi menyintai Kila. Kimi ingin bersama Kila.” Jelas Kimi dengan bersungguh kepada Kila. Gadis yang dicintainya dengan sepenuh hati. Kila ketika itu terkejut dengan apa yang berlaku sehinggakan Kila tidak berkata apa-apa. Hanya linangan air mata yang mengalir ketika itu. Sesaat kemudian, Kila akhirnya bersuara.
“Kimi.....” panggil Kila yang masih berada dalam keadaan sayu.
“Ea Kila....” jawab Kimi.
“Benar kah apa yang Kimi katakan tadi?”
“Ea Kila...benar..Kimi betul-betul sukakan Kila. Kimi menyintai Kila. Terimalah Kimi sebagai teman dalam hidup Kila. Jangan tinggalkan Kimi.” jelas Kimi kepada Kila.
“Tapi Kimi.....sejak bila? dan kenapa baru sekarang Kimi luahkannya? Kenapa tidak dulu? Kenapa Kimi?” tanya Kila.
“Kimi takut...takut kalau cinta Kimi akhirnya ditolak. Kimi tak sanggup Kila. Tak sanggup. Kimi terlalu menyintai Kila. Sejak pertama kali Kimi bertemu dengan Kila, Kimi mula rasakan sesuatu tapi Kimi tidak pasti tentang perasaan Kimi ketika itu. Akhirnya kali ketiga kita berjumpa, Kimi dapat merasakan seperti ada sesuatu antara kita sehinggalah kita menjadi rapat. Saat itulah baru Kimi sedar yang Kimi mula menyukai dan menyintai Kila dan Kimi ingin minta maaf kepada Kila kerana baru sekarang Kimi berterus terang pada Kila. Maafkan Kimi.” Kimi menjelaskan segalanya kepada Kila sambil menitiskan air matanya. Kimi melutut dihadapan Kila sambil menyapu linangan air mata Kila yang mengalir tanpa henti dan Kimi menyatakan sesuatu kepada Kila..........
“Kila...sudikah Kila menjadi isteri Kimi?” Dengan linangan air mata, Kila turut menyatakan perasaan sebenarnya kepada Kimi setelah Kimi menjelaskan segalanya.
“Ea Kimi....Kila sudi menjadi isteri Kimi. Kila sebenarnya.....turut menyintai dan menyukai Kimi dan Kila minta maaf juga kerana tidak menyatakannya”
“Kila...terima kasih Kila kerana sudi menerima cinta Kimi dan insyaallah Kimi akan menjaga Kila dengan sepenuh hati Kimi.” Dengan gembira Kimi mengucapkan terima kasih kepada Kila dengan mencium tangan Kila.
“Sama-sama Kimi. Kila akan hargai segala yang Kimi berikan kepada Kila” jelas Kila kepada Kimi.
Setelah Kimi meluahkan perasaannya dan mendapat jawapan daripada Kila sejak dua minggu yang lalu, perhubungan mereka berdua kiat menjadi rapat sehinggalah mereka berdua mendapat tawaran belajar ke luar negara dan mereka berdua menerima tawaran itu. Sebelum mereka berangkat, sebuah ikatan pertunangan terjalin diantara mereka. Dengan restu daripada kedua belah pihak. Kimi dan Kila telah ditunangkan sebelum mereka menyambung pengajian mereka ke luar negara.
3 tahun kemudiannya...
“Aku nikahkah dikau Amirul Hakimi bin Azman dengan Nor Puteri Akila Binti Datuk Ahmad dengan mas kahwin sebanyak RM80” ucap tok kadi kepada Kimi.
“Aku terima nikah Nor Puteri Akila Binti Datuk Ahmad dengan mas kahwin sebanyak RM80” jelas Kimi kepada tok kadi.
“Sah? Sah?” tanya tok kadi kepada saksi ketika itu.
“Sah!!” kata saksi kepada tok kadi.
“Amin........” doa dibacakan oleh tok kadi setelah akad nikah berjalan dengan lancar.
Akhirnya Nor Puteri Akilah Binti Datuk Ahmad kini telah menjadi isteri yang sah kepada Amirul Hakimi Bin Azman.
Sambil berpelukan. Kimi menyatakan perasaan gembiranya kepada Gadis yang dicintainya selama ini yang kini telah menjadi isteri yang sah kepadanya.
“Kila....terima kasih sekali lagi abang ucapkan kerana Kila sudi menjadi isteri abang. Abang janji,abang akan jaga Kila dengan sebaik mungkin. Kila.....abang cintakan Kila sepenuh hati abang.” jelas Kimi kepada Kila.
“Sama-sama abang. Kila turut menyintai abang dengan sepenuh hati dan Kila akan bersama dengan abang selamanya” jelas Kila kepada suaminya Kimi dengan sepenuh hatinya yang gembira kerana akhirnya dia menjadi isteri yang sah kepada lelaki yang dicintainya. Pertemuan antara mereka telah mewujudkan rasa cinta dan akhirnya dengan restu kedua belah pihak, mereka berdua telah di ijabkabulkan. Kini....cinta mereka masih lagi kukuh sehinggalah Kila melahirkan zuriat untuk suaminya yang tercinta.
"CINTA ITU SEPERTI KAIN PUTIH, HANYA KITA YANG AKAN MENCORAKKAN CINTA ITU AGAR CINTA ITU MENJADI SEBUAH CINTA YANG SUCI DAN DI DIBERKATI ILLAHI. DAN SEMOGA CINTA YANG HADIR ITU AKAN TERUS BERKEKALAN SELAMANYA"
Harap para pembaca akan memberikan komen yang bersesuai dengan hasil cerpen saya ini yang tidak seberapa. Ini merupakan cerpen ketiga saya yang pernah saya hantar ke laman web penulisan2u ini. Ikhlas dari saya.
Hati isteri bila sudah nekad…
4 tahun yang lalu