assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua...terutamanya kepada sahabat2 y sudi melawat ke blog saya...
hari ini saya ingin kongsikan sesuatu yang saya perolehi setelah membaca sebuah novel y bertajuk JAZIRAH CINTA penulisan RANDU ALAMSYAH... saya minat baca novel tu pun sebb adik saya... dia kata at saya cerita itu best.. ttng kehiudpan seorang pemuda... dari dalam novel tu, saya dapat sesuatu yang boleh saya kongsikan bersama anda semua...
!
!
"MARI SEMUA"
!
!
!
!
CINTA sejati itu hanya berkaitan dengan hubungan kita dengan Allah s.w.t, Maha pemilik keabadian cinta. Cinta kepada manusia tidak dapat menandingi keabadian cinta itu sendiri kerana ianya mungkin hanya memandang segala kecantikannya, ketampanannya, kebaikannya, kekayaannya, kemasyhurannya dan apa2 yang ada padanya.
Jika semua itu hilang, kita akan kehilangan sinar cinta yang ada pada dirinya. walaupun di dunia cinta kita masih kuat, di akhirat mungkin tidak sekuat itu lagi..
> Mungkin di akhirat mereka akan bermusuhan antara satu sama lain...
> Dua orang yang begitu mesra dan saling mencintai di dunia ini boleh saling membenci di akhirat nanti?? benarkah??
!
!
Bukan hanya saling membenvi. tapi juga saling menjatuhkan. Di padang mahsyar nanti ketika manusia di bangkitkan yang ada di dalam fikiran kita adalah bagaimna menyelamatkan diri kita sendiri...
Perasaan sayang dan cinta kita kepada seseorang tidak dapat menguasai perasaan takut kita dengan azab yang tidak dapat kita bayangkan yang bakal menimpa kita. Begitu dahsyatya seksaan itu sehingga ketika seksaan itu di tunjukkan di depan mata kita, kita akan menjadi sangat takut. Bukan saja kekasih dengan kekasihnya, malah orang tua dengan anaknya. mereka pun akan saling bermusuhan, saling menuduh tentang kesalahan mereka.
> Kita boleh mencintai sesiapa saja, cuma jadikan cinta kita kepada manusia demi kerana ALLAH S.W.T... InsyaAllah, ALLAH S.W.T akan menjaga CINTA kita itu. Tapi.... Kita mestilah benar2 JUJUR bahawa CINTA kita memang kerana ALLAH S.W.T bukan kerna lain. Tentu amat memalukan kita jika kebohongan CINTA kita dicanang di depan seluruh makhluk-Nya di padang mahsyar nanti
> Betapa susahnya mencintai seseorang hanya kerana ALLAH S.W.T... Benarkah???
!
!
=> Susah sekali untuk JATUH CINTA kerana ALLAH S.W.T.. Tapi itu semua mungkin terjadi kerana kita tidak mahu menjadikan ALLAH S.W.T sebagai satu keutamaan dalam hidup kita. Kita menghilangkan peranan ALLAH S.W.T dalam setiap langkah kita. Padahal, apa saja yang tidak diliputi oleh ALLAH S.W.T di langit dan di bumi ini??? Kuasa ALLAH S.W.T meliputi segalanya.
Jika kita sanggup untuk menyedari hal itu, dan memenuhi hak-hak-Nya, pasti DIA akan menjaga, dan merahmati hati kita bukan sekadar untuk mengenali-Nya... tetapi juga untuk bergembira dalam taman-taman CINTA yang indah....
" TAMAN CINTA YANG DIREDHAI-NYA "
Kepada semua...
!
Ini entry yang ingin saya kongsikan.. semoga anda semua merasa tenang dan gembira bila membacanya... selamat membaca.... :)
JUMPA LAGI
0 comments:
Catat Ulasan