BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS
salam perkenalan ku hulurkan kepada semua kenalan dan pembaca

♥ sEteNaNg LaLaNg ♥

♥ sEteNaNg LaLaNg ♥

Jumaat, 31 Disember 2010

SELAMAT TAHUN BARU!!!





> assalammualaikum dan salam sejahtera kepda para sahabat dan para pengunjung semua .... :)


hari nie merupakan hari terakhir dalam tahun 2010... cam tak percayakan... tahun 2010 akan berakhir... terasa cepat je.. macam2 dah berlaku dalam tahun 2010... pahit..manis... semuanya ada... moga esok yang merupakn  hari baru bagi tahun 2011 berjalan dengan lancar...moga anda semua mencapai keinginan dan hajat anda semua ketika di dalam 2010 sebelum ini... dan moga 2011 akan lebih memberikan anda semua kebahagiaan, kekuatan dalam menghadapinya cabaran yang kian mencabar... :) dan moga azam baru anda semua akan tercapai.... SELAMAT TAHUN BARU saya ucapkan..... 

SELAMAT TAHUN BARU SEMUA

disediakan oleh > setenang lalang... peace!! :)

puisi "KEKASIHKU"


kekasih....
kehadiranmu disisiku membawa seribu erti dalam kehidupanku
kekasihku....
betapa peritnya takala perasaanku dipermainkan oleh mereka yang tidak setia
aku bak boneka yang tiada perasaan
 yang tiada harga diri
kekasihku....
pada yang maha esa ku serahkan nasibku
keserahkan amarahku kerana ku tau Dia yang maha tau
apakah takdirku di kemudian hari
kekasihku....
kehadiranmu saat aku memerlukan seorang insan sebagai peneman jiwa yang lara 
sebagai pengubat jiwa yang luka
kekasihku....
hanya kau memahami jiwaku tenang aman datang sendiri buat aku ceria
melalui liku hidupku bersama kau yang ku kasihi....


puisi ini adalah sebuah puisi yang dihadiahkan oleh bekas kekasihku untuk diriku....puisi ini telah dihadiahkan untukku pada 16 November 2008 pada pukul 18:16:40 
(mohd zaidi bin abu bakar)

disediakan oleh > setenang lalang... peace!! :)

Khamis, 30 Disember 2010

kucing kesayangan ku yang hilang tidak mungkin akan kembali...

GEBU
ini adalah kucing kesayngan ku yang telah hilang pada 24 november 2010.. hari pertma di mana aku mula bekerja.. saat tu aku kerja pun xsenang tau... ap kan daya... mungkin ini yang telah ditakdirkan.... 

"moga gebu di lindungi di mana jua dia berada..." 

 disediakan oleh > setenang lalang... peace!! :)

sekali lagi.... air mata ini mengalir...


salam.... ari nie aku xtau nak kata cam ne...
xsangka hari nie aku menngis hanya kerna insan y ku sygi ...
cam orang bodoh kan...
tapi.....
aku terus menangis... sampai bengkak mata aku tau...
poyo kan... 
satu family aku dok isaukan aku tau...
ealah... anak sulungnya menangis dan berkurung dalm bilik..
mak ayh ane xisau le anak2 mereka seperti aku...
hehehe..... teruk kan aku...
mana xnya... pkwe aku wat hal..
dah tentu2 lah aku isau....
ntahlah... susah aku nak akap...aku hanya mampu bersabar jew...
moga ALLAH SWT memberikan aku kekuatan dalam menghdapi 
semua nie...
insyaAllah..... 


disediakan oleh > setenang lalang... peace!! :)

Rabu, 29 Disember 2010

SEPULUH PETANDA DIA ADALAH JODOH KITA.... INSYAALLAH...

setenang lalang

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera


>   Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
 

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :-
1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


" KITA HANYA MERANCANG YANG MENENTUKANNYA ADALAH ALLAH SWT.. SAMA2 LAH KITA BERDOA MOGA INSAN YANG SENTIASA BERSAMA KITA ITU ADALAH JODOH KITA... INSYAALLAH.. "




Ahad, 26 Disember 2010

cerita ku...

 assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua....

hari nie, aku rasa gembira sgt2 tau... nak tau kenpa??
 

1) semlm aku dapt spend time ngan si dia y ku syg.... xsangkakan... hehehe... walaupun dah anyak y berlaku.. aku still dapt berthan... kami berdua sma2 menghdapi semuanya dengan tabah... moga Allah SWT sentiasa merahmati hubungan kami.



2) kiranya hari nie dah 3 hari aku d rumah... ealah.. 23 disember 2010, aku last kerja at metrojaya.. bhagian AKEMI.. mulanya mmg susah nak berhenti.. ealah.. rasa seronok lah pula.. tapi sebab nak spend time ngan family...n si dia y tersyg.. aku ambil keputusan tok mengakhiri pekerjaan ku sebgai promoter...



3) aku apa lagi... bawalah adik2 aku lepak at taman pudu ulu.. alaa,...taman belakang flat aku jew.. xjauh.. jalan kaki dah sampai.. seronok aku tgok adik2 aku tau... melihat senyuman mereka.. tawa mereka.. membuatlan aku merasa bhgia... alhamdulilah... ALLAH SWT masih memberikan ku kesempatan utk merasai semua ini...


aduh.... nak cerita apa lagi ea?? hurm.... xap2... ad masa aku akan cerita lagi... skng masa time aku bersma adik2 aku..
ok lah...
jumpa lagi...
hehehe,....
assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua...

:)
setenang lalang

Isnin, 20 Disember 2010

cuti!!!!

setenang lalang

huem... lega hari... ealah.. dapat cuti katakan...ane nya x.. sebelum ukan nya aku pernah keja... tup2... keja juga..xlma agy.. aku berhenti kerja... sebb nya.. aku nak spend time ngan adik2 aku...mak ayh aku... n si dia y tersyg.... 2 jew... agy pun xlma agy nak pratikal dah.. takut xsempt jew.. hehehe.... :)